Baru-baru ini, tular sebuah hantaran yang menyentuh hati pelakon, Datin Seri Noniswara berkongsi momen sewaktu Erysha Emyra menemani arwah bapanya yang berada di hospital.

Artikel Berkaitan: Bapa Erysha Emyra Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan: Bapa Kini Kritikal Di ICU, Erysha Emyra Mohon Doa Orang Ramai – ‘Hanya Kuasa Allah Mampu Ubah Nasib Kami’

Anak tiada selera

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Noniswara berkata selera makan anaknya benar-benar merudum sehingga dia terpaksa memaksa untuk makan.

Bercerita lanjut, Noniswara berkata Erysha mempunyai satu tabiat yang tidak pernah berubah sejak kecil.

Video ini diambil ketika berada di hospital. Dia langsung tiada selera makan dan terpaksa paksanya untuk makan.

Sejak kecil hingga sekarang, kalau makan memang selalu perlu disuap oleh daddy, mummy atau abangnya.

Itulah Erysha, selamanya manja dan sentiasa menjadi anak kecil kesayangan kami.

Sebelum ini, bapa Erysha, Datuk Zakaria Abdul Rahman disahkan meninggal dunia pada petang Jumaat.

Terdahulu, Erysha memohon doa orang ramai buat arwah bapanya yang berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU).

Sumber: Instagram