
Personaliti media sosial, Sarah Yasmine tampil membidas kenyataan individu yang mempersoalkan persahabatannya dengan pelakon, Niezam Zaidi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sarah Yasmine Jawab Isu Cadar, Tolong Niezam Zaidi Pindah – ‘Rumah Bersepah, Tak Ada Tempat Duduk..Katil Je Bersih’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sarah Yasmine Nafi Jadi Orang Ketiga, Dakwa Hanya Kawan Rapat Niezam Zaidi – ‘Dah Setahun Kami Kenal’
Kawan rapat
View on Threads
Sarah menegaskan dia mempunyai hak sepenuhnya untuk berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa perlu memberikan penjelasan kepada orang awam.
Saya tidak perlu bercerita kot dengan siapa saya berkawan selama ini.
Kehidupan peribadi adalah kehidupan saya.
Kata Sarah, ramai yang melemparkan tuduhan negatif terhadapnya hanya kerana dia berkawan dengan selebriti kegemaran mereka.
Kalian saja yang selalu tak puas hati saya berkawan dengan artis kegemaran kalian.
Daripada mengecam, fikirkan saja kenapa mereka (artis) nak berkawan dengan saya.
Sebelum ini, individu tersebut mendakwa Sarah seolah-olah cuba menjadi terpaling kawan baik hanya selepas Nizam tular berikutan drama yang dibintanginya meletop sebelum ini.
Terdahulu, pelakon Fify Azmi memuat naik beberapa tangkap layar perbualan teman lelakinya dengan Sarah.
Walaupun tidak mendedahkan nama individu tersebut, Fify memberi bayangan kekasihnya itu seseorang yang mempunyai inisial NZ.
Sumber: Threads








