Seorang bapa melecur di bahagian pergelangan tangan dan kepala sementara anak lelakinya mengalami sesak nafas apabila rumah didiami mereka di Taman Seri Istana Hills Klang, terbakar mendadak awal pagi tadi.

Artikel Berkaitan: Remaja Perempuan 15 Tahun Dipercayai Disamun & Dir*gol Ketika Keluar Joging

Artikel Berkaitan: Pesakit HIV Mengaku Rogol Wanita OKU, Dipenjara 10 Tahun & 5 Sebatan

Terbakar

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Ashrul Riezal Asbar, dalam kejadian jam 5.23 pagi itu, mangsa lelaki berusia 57 tahun dan anak lelakinya berusia 28 tahun berjaya menyelamatkan diri.

Difahamkan, kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kebakaran membabitkan dua mangsa iaitu bapa dan anak. Mangsa bagaimanapun berjaya keluar menyelamatkan diri dari kediaman yang terbakar.

Pihak bomba memberikan rawatan dan menghantar kedua-dua mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Kata Ashrul Riezal, pihaknya berjaya mengawal kebakaran berjaya dikawal pada jam 5.47 pagi.

Sumber: Harian Metro