
Pelakon dan penyanyi, Hannah Delisha mengakui pengalaman keguguran cahaya mata sulung pada Mac 2024 merupakan antara detik paling sukar yang pernah dilaluinya.
Artikel Berkaitan: Hannah Delisha Terkejut Dengar Suara ‘Perempuan’ Dalam Video Cover Lagu – ‘Sebiji Suara Saya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hannah Delisha Raih Perhatian, Netizen Tak Sangka Duet Dengan Awie – ‘Dia Rap Pun Sedap’
Gugur anak pertama

Hannah atau nama penuhnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 30, berkata, dia mengetahui dirinya hamil ketika usia kandungan memasuki lapan minggu sebelum disahkan keguguran pada minggu ke-12.
Saya dapat tahu yang saya sedang hamil apabila usia kandungan memasuki lapan minggu. Tetapi minggu ke-12 kehamilan saya keguguran.
Minggu ke-12 saya dapat tahu jantung bayi sudah berhenti. Itu juga pertama kali saya masuk hospital yang lama dan melalui pembedahan. Momen dalam hospital sangat ‘down’ dan itu adalah peristiwa yang sangat mengejutkan.
Saya dapat tahu yang jantung bayi sudah tiada adalah ketika pertama kali mahu dengar jantung bayi. Kerana minggu ke-12 biasanya sudah boleh dengar.
Saya sangat teruja pada awalnya mahu dengar degupan jantung bayi, rupanya sudah tiada. Ketika kejadian itu, doktor yang memeriksa saya muka dia tiba-tiba berubah.
Hannah berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu dalam podcast Sembang Seram yang dihoskan oleh Safwan Nazri.
Tambah pelantun lagu Esok Masih Ada itu, suaminya yang juga aktor, Imam Shah turut terkesan dengan berita tersebut walaupun cuba kelihatan tabah di hadapannya.
Doktor itu kemudian memanggil seorang jururawat untuk mengesahkan perkara tersebut. Doktor cakap, ‘Hannah dan Imam kami minta maaf, jantung bayi sudah terhenti’
Imam sangat ‘down’ sangat ketika itu. Saya nampak dia terpaksa jadi kuat menghadapi situasi tersebut. Dia nampak sangat sedih cuma tidak tunjuk.
Untuk rekod, Hannah dan Imam Shah mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2021.
Pada Mac 2024, Hannah memaklumkan dia mengalami keguguran ketika kandungannya berusia 12 minggu.
Sumber: TikTok




![[VIDEO] Haliza Maysuri Turun Merewang Untuk Aqiqah Cucu – ‘Dah La Kaya, Rajin Turun Dapur’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/haliza-maysuri-2.jpg)
![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)
