
Pelakon Fattah Amin berkongsi berita gembira apabila isterinya, penyanyi dan pelakon Amira Othman selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.
Artikel Berkaitan: Amira Othman Tunggu Hari Bersalin, Fattah Amin Teruja Sambut Ahli Keluarga Baharu – ‘Doktor Kata Bila-Bila Masa’
Artikel Berkaitan: Individu Terharu Jumpa Fattah Amin & Amira Othman Di Farmasi – ‘Tak Sombong Walaupun Nampak Mengah Mengandung’
Anak sulung Fattah, Amira
Perkhabaran tersebut dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram milik Fattah dan Amira yang turut memaparkan beberapa momen istimewa selepas kelahiran bayi mereka.
Menerusi ruangan kapsyen, Fattah meluahkan rasa syukur apabila isterinya selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Jarir Umar pada jam 6.20 petang, Selasa.
Ahlan Wasahlan Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah. Alhamdulillah isteri saya, Nadia Amira binti Othman, selamat melahirkan baby kami jam 6.20 petang semalam
Dalam masa sama, Fattah turut menzahirkan penghargaan kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraan isteri serta anak mereka.
Terima kasih pada yang mendoakan.
Semoga Jarir menjadi anak yang soleh penyejuk hati Mommy & Daddy
Hantaran tersebut turut memperlihatkan beberapa foto termasuk momen Fattah mendukung bayi sulung mereka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat serta rakan selebriti mengucapkan tahniah dan mendoakan agar Muhammad Jarir Umar membesar sebagai anak yang soleh, sihat dan membahagiakan kedua ibu bapanya.
Terdahulu, Fattah dan Amira selamat disatukan sebagai suami isteri pada 14 September tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Sepang.
Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nur Fazura pada 27 November 2017. Bagaimanapun, pasangan tersebut disahkan bercerai pada 7 Oktober 2024.
Hasil perkahwinan terdahulu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Fatima.
Sumber: Instagram Fattah Amin





![[VIDEO] ‘Kami Tak Berdendam Dengan Ibu Kandung Arwah’ – Abang Angkat Amir Qusyairi](https://asset.ohbulan.com/2026/08/amir-1.jpg)

![[VIDEO] Kastam Indonesia Kongsi Rakaman CCTV Penahanan Juruterbang Malaysia Didakwa Seludup Dadah, Sebotol Urin Turut Dirampas](https://asset.ohbulan.com/2026/08/juruterbang2.png)
