
Penyanyi dan pelakon, Amira Othman tetap komited dalam kerjaya seni dan media sosial walaupun sedang menantikan kelahiran cahaya mata.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Beri Gift Ketika Live Amira Othman, Netizen Puji Sokongan Konsisten – ‘Dari Zaman Rakan Sekerja …’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Akui Fasa Akhir Kehamilan Mencabar – ‘Nak Tidur Susah, Duduk..Bangun Tak Kena’
Sibuk bekerja
View on Threads
Walaupun kini berada di fasa akhir kehamilan, Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 33, dilihat masih gigih memenuhi undangan majlis.
Bahkan, Amira juga meluangkan masa berinteraksi dengan peminat menerusi sesi siaran langsung (Live) di media sosial.
Amira yang juga isteri kepada pelakon, Fattah Amin mengakui walaupun sudah terasa cepat letih namun dia lebih rela menyibukkan diri daripada hanya duduk diam di rumah.
Mak buyong hujung-hujung ni walaupun dah mengah tetap lah sertai event dan buat live.
Sebab kalau duduk rumah mak buyong boring, tak kerja.
Dalam pada itu, Amira turut meminta para ibu berkongsi tips bagaimana mahu memudahkan segala urusan menjelang detik kelahiran.
Para ibu kongsi la tips hujung-hujung nak bagi mudah semua perkara ini.
Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian orang ramai terutamanya mereka yang sudah bergelar ibu memberi tips kepada Amira.
Untuk rekod, Amira dan Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025 di Sepang, Selangor.
Sumber: Threads








