Pelakon veteran, Zarina Zainuddin berkongsi perkembangan terkini mengenai anak lelakinya, Azal, yang kini difahamkan sedang mengenali hati budi seorang wanita bernama Alysya.

Artikel Berkaitan: Zarina Zainuddin Nafi Dakwaan Kilang Pulut Kuning Kotor & Guna Sumbangan MARA RM1 Juta – ‘Saya Rasa Dia Kurang Cerdik’

Artikel Berkaitan: ‘Cermin Kereta Pecah, Anak Hanyut Di Sungai’ – Zarina Zainuddin ‘Throwback’ Pengalaman Beraya Dengan Anak Autistik

Azal, Allysya baru berkawan – Zarina Zainuddin

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Zarina menerusi satu hantaran di Instagram baru-baru ini apabila memuat naik foto Azal yang kelihatan ceria meluangkan masa bersama Allysya di sebuah kafe.

Alhamdulillah Azal dah ada pengganti Rahmah. Semoga berbahagia Azal dan Alysya.

Mereka berhak untuk bahagia.

Ketika dihubungi OhBulan!, Zarina menjelaskan hubungan Azal dan Allysya masih berada pada peringkat awal kerana mereka baru sahaja mengenali antara satu sama lain sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, Allysya merupakan anak kepada kenalan rapatnya yang menetap di Singapura dan hubungan mereka sudah dianggap seperti keluarga sendiri.

Alysya ni anak kepada kawan saya di Singapura. Mak dia macam kakak angkat saya.

Mereka masih baru lagi, baru beberapa bulan berkawan.

Mengulas lanjut, Zarina berkata Alysya kini berusia 22 tahun manakala Azal berumur 30 tahun. Namun, dia enggan meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap hubungan tersebut dan memilih untuk menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Allah.

Azal baru berkawan-kawan. Ada jodoh, adalah. Kalau tak ada jodoh pun tak apa, mak ayah tetap jaga mereka berdua. Saya tak letakkan harapan yang tinggi.

Terdahulu, kisah cinta Azal pernah menjadi perhatian ramai apabila dia dikatakan menjalinkan hubungan dengan seorang wanita bernama Rahmah. Namun, hubungan mereka difahamkan tidak berpanjangan.