
Ibu kepada pelakon Zahirah MacWilson iaitu Maslinda Yusoff meluahkan rasa terkilan selepas mendakwa berdepan kesukaran untuk bertemu dengan cucunya sendiri.
Artikel Berkaitan: Ibu Zahirah Macwilson Sudah Berhijab – ‘Saya Akan Terus Istiqamah Ke Jalan Allah’
Artikel Berkaitan: Zahirah MacWilson Tumpang Gembira Ibu Sudah Berhijab – ‘Mungkin Satu Hari Saya Akan Lakukan Perkara Sama’
Jumpa cucu dengan syarat

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Maslinda seolah-olah memberi bayangan bahawa dirinya dikenakan syarat untuk bertemu dengan cucu sendiri.
Allahuakbar! Apa rasa datuk nenek kalau nak jumpa cucu-cucu pun bersyarat.
Tidak lama kemudian, Maslinda turut berkongsi satu doa mengenai anak yang disifatkan sebagai ujian bagi seorang ibu.
Netizen mendoakan




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati atas ujian yang menimpa ibu kepada aktres berusia 31 tahun itu. Selain itu, warganet menitipkan pesanan agar Maslinda terus berdoa kerana doa ibu tiada hijab.
Sumber: Threads @maslindayusoff_



![[VIDEO] Pekerja Coffee Bean Fasih Bertutur Bahasa Korea Curi Perhatian Warganet](https://media.says.com/2026/09/yu9GYzFz-download.png)




![[VIDEO] Khairul Aming Menangis Kenang Arwah Bapa – ‘Dulu Nak Beli Ubat Tak Ada Duit, RM50 Pun Saya Tak Mampu Nak Bagi’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/khairul-aming-.jpg)