
Keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang sepatutnya diketahui hari ini telah ditangguhkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Julai depan.
Artikel Berkaitan: Keputusan Rayuan Syed Saddiq Tangguh 13 Julai Depan
Artikel Berkaitan: ‘Saya Akan Terus Berdoa, Allah Menentukan’ – Syed Saddiq
Penjelasan peguam
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, seorang peguam yang dikenali sebagai Aminahtul Marrdiah tampil memberi respon berhubung perkara tersebut berikutan makluman berkenaan penangguhan tarikh itu telah mengundang pelbagai reaksi.
Menurut Aminahtul, perkara tersebut merupakan situasi biasa yang berlaku di mahkamah seluruh Malaysia.
Kenapa kes Syed Saddiq tangguh? Jangan buat spekulasi.
Penangguhan adalah perkara biasa dekat mahkamah satu Malaysia.
Yang Amat Arif Hakim Mahkamah Persekutuan cuti sakit. Beliau pun manusia biasa. Ada hari tak sihat.
Justeru, Aminahtul berharap agar orang ramai tidak membuat sebarang andaian terhadap institusi mahkamah dan terus mendoakan agar keadilan dapat diperolehi.
Bertenang. Kita doakan yang baik-baik.
Adil, moga di letakkan di tempat yang sepatutnya.
Terdahulu, Syed Saddiq tiba di Istana Kehakiman kira-kira pukul 8.50 pagi bagi mendengar keputusan rayuan pihak pendakwaan yang dijadual disampaikan oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Bagaimanapun, prosiding terpaksa ditangguhkan selepas Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali bercuti sakit selama dua hari.
Pada 25 Jun 2025, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Syed Saddiq, 33, daripada empat pertuduhan selepas membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023.
Sehari selepas keputusan itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan tersebut.
Sumber: Threads








