Seorang wanita mencetuskan perhatian ramai selepas berkongsi satu luahan peribadi yang disiarkan menerusi podcast The Chic Code Podcast.

Artikel Berkaitan: Isteri Jaga Mentua Strok Di Kampung, Suami Senyap-Senyap Kahwin Dengan ‘Officemate’ – ‘Dua Tahun Dia Tipu Saya’

Artikel Berkaitan: Lelaki Berstatus Suami Orang Selamba Curang, Alasan Hantaran Dahulu Murah – ‘Modal Kahwin Dulu RM2,000 Je’

Mengandung anak bapa mentua

@thechiccodepodcast

Haiiii blackout terus nak rubiks cube eh! 😵‍💫 Sumpah tachod… | Ep 319** is brought to you by @Bibty Design 🤍 #thechiccodepodcast #bibtydesign

♬ original sound – THE CHIC CODE PODCAST – THE CHIC CODE PODCAST

Menerusi rakaman video yang dimuat naik, hos podcast iaitu Wirda dan Sofia membaca satu kiriman kisah daripada seorang pendengar wanita yang berkongsi pengalaman peribadinya.

Dalam luahan tersebut, wanita berkenaan mendakwa dirinya berdepan situasi tidak dijangka melibatkan bapa mentua sendiri. 

My father-in-law ni, caring, fit, kuat agama and jujurnya dia tak kurang handsome dari husband saya sendiri.

Namun, siapa sangka hubungan yang pada asalnya sekadar antara menantu dan mentua akhirnya berubah menjadi satu situasi yang agak rumit.

Wanita berkenaan turut berkongsi beberapa insiden yang terjadi sehingga membawa kepada hubungan yang tidak sepatutnya berlaku.

Satu hari, masa saya teman bapa mentua saya memandu balik, secara tak sengaja saya terpegang peha dia lepas kereta dia membrek secara mengejut.

Kemudian, satu malam tu kami tengah tengok filem sama-sama. Masa tu hujan lebat dan tiba-tiba rumah pun blackout.

Kami duduk dalam gelap, dan ketika itu saya rasa dia mula mendekat sehingga saya dapat rasa bibir dia menyentuh bibir saya… dan selepas itu, segalanya berubah.

Lebih mengejutkan, wanita itu turut mendakwa kini sedang hamil tiga minggu hasil hubungan denga bapa mentuanya. Dia juga mengakui berada dalam keadaan bingung serta tidak tahu bagaimana untuk menangani situasi tersebut.

Sekarang ni saya dah mengandung 3 minggu anak dia. Saya rasa sangat buntu dan tak tahu nak buat apa. Kalau awak berada dalam situasi ni, awak akan buat apa?

Luahan tersebut menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya mengecam tindakan wanita berkenaan dan bapa mentuanya.

Menurut mereka, hubungan terlarang seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan kedua-dua pihak seharusnya lebih menjaga batas pergaulan.

Sumber: The Chic Code Podcast