
Di sebalik wajah kacak yang sering menghiasi drama tempatan, pelakon Daniel Fong sebenarnya pernah melalui fasa sukar ketika zaman persekolahan.
Berkongsi kisah peribadinya, Daniel mengakui dia pernah berdepan pengalaman dibuli kerana memiliki berat badan berlebihan sehingga memberi kesan terhadap keyakinan dirinya. Jom kita semak #TriviaXTRA mengenai Daniel Fong!
Artikel Berkaitan: Daniel Fong Kongsi Rutin Sebelum Masuk Set, Netizen Terhibur ‘Part’ Pakai Deodoran – ‘Kami Dah Percaya Ketiak Tak Berbau’
Artikel Berkaitan: Isu Bau Badan Di Set Penggambaran, Netizen Petik Nama Daniel Fong – ‘Saya Pakai Deodoran’
Jom ketahui empat trivia menarik mengenai pelakon ini!
1. Pernah dibuli kerana berbadan besar
Daniel mendedahkan berat badannya suatu ketika dahulu pernah mencecah lebih 80 kilogram dan dia menganggap dirinya sebagai seorang kanak-kanak yang obes sejak berusia sekitar 11 tahun.
Menurutnya, pengalaman paling menyakitkan berlaku ketika mula memasuki sekolah menengah apabila dia sukar mendapat kawan malah pernah dipulaukan.
Ketika itu ada orang tanya, ‘Daniel, siapa kawan awak?’ Saya jawab, ‘You guys are my friends.’ Tetapi mereka balas, ‘No, no one’s friend with you.’ Masa itu memang sangat menyakitkan.
Namun segalanya berubah apabila usianya mencecah 15 tahun. Selepas akil baligh, berat badannya mula menurun sehingga sekitar 60 kilogram, manakala ketinggiannya meningkat.
Selepas dah turun berat badan, tiba-tiba semua orang nak berkawan dengan saya, minta nombor telefon saya. Saya sendiri hairan. Semua berubah selepas saya kurus dan ketika itu saya rasa takut.
2. Pernah sertai pertandingan Men Physique
Selain bergelar pelakon, Daniel juga pernah aktif dalam dunia kecergasan.
Dia mendedahkan pernah menyertai pertandingan Men Physique, sebuah pertandingan fizikal yang memberi penekanan kepada bentuk badan.
Menurut Daniel, persediaan untuk pertandingan tersebut memerlukan disiplin tinggi dari segi latihan, pemakanan dan persembahan di atas pentas.
3. Miliki lesen jurulatih CrossFit
Minatnya terhadap sukan kecergasan bukan sekadar hobi.
Danial berkata dia pernah mengambil lesen CrossFit Level 1, sekali gus membuktikan kesungguhannya mendalami sukan berintensiti tinggi itu.
Katanya, suatu ketika dahulu dia cukup aktif mengikuti latihan CrossFit sebelum memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya lakonan.
4. Takut hantu, tolak watak seram
Walaupun bergelar pelakon, Daniel mengakui dia mempunyai satu ketakutan yang sukar diatasi iaitu hantu.
Disebabkan itu, dia sehingga kini belum pernah menerima tawaran membintangi filem atau drama seram.
Saya memang takut hantu. Kalau komedi hantu okeylah, tetapi kalau cerita hantu yang betul-betul seram, memang saya tak berani.







![[VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Hadiahkan Smiggle Untuk Rakan Sekelas Anak – ‘Dia Tahu Bukan Semua Ibu Bapa Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/bellaz2.jpg)
