
Pelakon Ozlynn Waty, berkongsi tentang pendekatan yang diambil ketika berdepan dengan pelbagai tomahan dan dakwaan terhadap dirinya.
Artikel Berkaitan: ‘Balik Dari Kerja, Dia Akan Cari Saya Untuk Peluk’- Ozlynn Waty Kongsi Cara Johan Lepaskan Tekanan Kerja
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Nilai Orang Bersalin Normal Atau Czer, Semuanya Sakit..Hargai Setiap Kelahiran’ – Ozlynn Waty
Ozlynn kekal positif
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, 45, membalas hantaran seorang individu yang bangkit semula selepas diejek kerana rupa parasnya.
Ozlynn mengakui pernah berdepan fasa sukar apabila menjadi mangsa fitnah dan kecaman, namun dia memilih untuk menjadi insan yang lebih baik.
Saya dulu pun ‘down’ bila kena fitnah dan dikecam, tetapi saya berubah untuk jadi lebih baik untuk Allah dan tidak peduli kata-kata orang.
Sekarang, Alhamdulillah Allah hantar orang baik-baik.
Imbas kembali, Ozlynn berkata, seorang individu pernah melemparkan kata-kata negatif terhadapnya tanpa sebab sebelum ini.
Pernah ada orang yang fitnah saya, DM (direct message) dan kutuk saya, tapi saya balas dengan benda yang positif dekat dia.
Akhirnya, dia sendiri cakap dia tak tahu mengapa dia berbuat begitu, padahal kami tak kenal atau mungkin kerana cemburu.
Bagaimanapun, mereka akhirnya menjadi rakan baik di media sosial dan saling menyokong antara satu sama lain.
Saya kata padanya, ‘tak apa, sekarang syaitan sudah kalah dan tak boleh control awak lagi.’
Terus sampai sekarang, jadi kawan di Instagram walaupun tak pernah jumpa. Kami saling menyokong, bila dia ‘down’ saya ada.
Sumber: Threads








