
Seorang bekas pelajar sebuah sekolah menengah di Segamat telah diberikan ganti rugi RM452,000 oleh Mahkamah Tinggi Muar selepas memenangi saman kecuaian terhadap sekolahnya.
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Menangis Menang Saman Fitnah, Momen Peluk Syaikhul Undang Sebak
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Syukur Kes Saman Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Selesai – ‘Lepas Ni Ada Satu Lagi’
Ganti rugi

Memetik Sinar Harian, keputusan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi memutuskan pihak sekolah cuai sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan apabila raket badminton yang disediakan sekolah patah ketika digunakan dalam kelas Pendidikan Jasmani.
Difahamkan, Muhammad Syakir Irfan Syed Ali, 21, memfailkan saman terhadap pihak sekolah berhubung kejadian yang berlaku pada 17 September 2019, ketika dia masih menuntut di Tingkatan Dua di SMK Chaah.
Bapanya, Syed Ali Syed Hussein yang bertindak sebagai wakil litigasi memfailkan saman tersebut kerana mangsa masih berada di bawah umur ketika kejadian itu berlaku.
Muhammad Syakir dilaporkan mengalami kecederaan parah selepas kejadian tersebut, termasuk kecederaan tembus pada mata kiri, keretakan tengkorak dan pendarahan dalam otak yang menjejaskan keupayaan penglihatan serta fungsi neurologinya secara kekal.
Defendan yang dinamakan dalam saman berkenaan ialah guru aktiviti sekolah, Nur Badruzzanan Mohamad yang merupakan pengetua sekolah, Ketua Pengarah Pendidikan Maziah Mohammad serta Kerajaan Malaysia.
Fakta kes menyatakan kejadian itu berlaku semasa sesi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang berlangsung dari 8.30 pagi hingga 9.30 pagi.
Pada waktu tersebut, dua orang guru ditugaskan memantau pelajar selepas mereka dibahagikan mengikut jantina sebelum aktiviti frisbee dimulakan.
Selepas tamat aktiviti berkenaan, Muhammad Syakir mengambil sebuah raket badminton milik sekolah dan menggunakannya untuk bermain bersama seorang rakan sekelas secara santai.
Bagaimanapun, kejadian tidak diduga berlaku apabila batang besi pada raket berkenaan tercabut secara tiba-tiba daripada pemegangnya lalu terkena mata kiri Muhammad Syakir menyebabkan dia mengalami kecederaan parah.
Hakim Mahkamah Tinggi Kalyana Kumar memutuskan kesmeua tuntutan memihak kepada Muhammad Syakir Irfan selepas menilai bukti.
Mahkamah memutuskan pihak defendan gagal menyediakan penyeliaan yang mencukupi, munasabah dan berkesan sepanjang aktiviti berkenaan berlangsung,
Hakim Kalyana Kumar berkata pelajar pada ketika itu berada di bawah pemantauan serta tanggungjawab guru yang bertugas.
Mahkamah menganugerahkan ganti rugi am RM400,000, ganti rugi khas RM12,809 dan kos RM40,000 kepada plaintif.
Sumber: Sinar Harian






![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)

![[VIDEO] Ucapan Datuk Red Di Majlis Sanding Undang Sebak – ‘Alhamdulillah Enam Anak Hadir, Biar Pun Saya Mencari Lagi Empat Tapi Tiada’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/datuk-red.jpg)