
Pelakon, Puteri Sarah gagal menahan air mata apabila menerima berita dirinya telah menang kes saman fitnah membabitkan bekas pekerjanya, Nazatul Nazira.
Artikel Berkaitan: Didakwa Rujuk Semula Dengan Syamsul Yusof? Puteri Sarah Beri Respon – ‘Dah Move On Lah!’
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Perkenalkan ‘Bodyguard’ Yang Jaga Keselamatan Anak-Anak – ‘Zaman Sekarang Apa-Apa Boleh Berlaku’
Menangis sebak

Sarah atau nama lengkap Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, menerima khabar gembira itu ketika sedang melakukan siaran langsung di TikTok, pada Jumaat.
Sedang sibuk mempromosikan tudung, Sarah menerima kiriman mesej daripada seseorang yang memaklumkan dia telah menang kes tersebut.
Aktres itu kemudian meluahkan rasa syukur dan melompat kegembiraan. Malah, dia juga gagal menahan sebak sehingga menangis.
Ya Allah menang, alhamdulillah. Terima kasih semua yang sentiasa mendoakan saya. Saya menang kes saman fitnah. Ya Allah syukur pada-Mu. Berkat hari Jumaat, saya dah sujud syukur.
Sarah juga dilihat tidak berhenti mengucap rasa syukur kepada Ilahi dan berterima kasih kepada semua yang mendoakannya.
Tidak hanya itu, momen Sarah memeluk anak sulungnya, Syaikhul Islam turut mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamaya.
Pada Jumaat, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengarahkan Nazatul membayar ganti rugi RM150,000 kepada Sarah berhubung fitnah yang dibuat dalam media sosial, pada tahun lalu.
Sarah berjaya membuktikan tuntutan fitnah dibuat Nazatul yang telah mencemarkan reputasinya sebagai artis, usahawan dan ibu tunggal.
Selain itu, Nazatul juga diperintahkan membayar kos perbicaraan sebanyak RM30,000 kepada Sarah selain faedah pada kadar 5% setahun atas jumlah penghakiman.
Sumber: TikTok






![[VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Hadiahkan Smiggle Untuk Rakan Sekelas Anak – ‘Dia Tahu Bukan Semua Ibu Bapa Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/bellaz2.jpg)

