Pesanan yang dititipkan penerbit dan pengarah terkenal Erma Fatima kepada anak dan bakal menantunya telah menyorot perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: Erma Fatima Rai Majlis Tunang Anak Ikut Adat Melayu, Siap Khatam Quran, Berinai, Mandi Bunga & Cukur Jambul

Artikel Berkaitan: Erma Fatima Titip Doa Buat Fattah Amin & Amira Othman – ‘Peliharalah Kasih Sayang & Jauhi Mereka Dari Hasad Dengki’

Pesanan Erma

Menerusi perkongsian aktres Datin Seri Umie Aida di TikTok, Erma dilihat sedang memberi nasihat buat anak perempuannya iaitu Norain Sofea serta bakal menantu semasa majlis pertunangan mereka yang berlangsung pada 18 Julai lalu.

Bukan mudah untuk menjaga seorang anak perempuan dan itulah yang saya usahakan untuk Ain.

Saya tahu mungkin satu penyiksaan buat dia juga, apabila dia terlalu dikawal.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 58, meninggalkan pesanan buat mereka supaya tidak keluar berdua-duaan sebelum bernikah bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Saya mohon kepada Haziq (bakal menantu) agar beri peluang untuk saya merasai dan menikmati hak saya sebagai seorang ibu, sehingga ke hari pernikahan itu.

Di mana saya belum rela atau mengizinkan anak saya, berdua-duaan keluar selagi belum dihalalkan.

Dalam masa yang sama, Erma juga memberi peringatan kepada mereka agar sentiasa menjaga batas sebelum bergelar suami isteri.

Saya harap Haziq faham, apatah lagi sekarang ada bisnes bersama jadi mungkin ada ‘laluan’ untuk bersama-sama tetapi tolonglah jaga batasnya.

Sekali lagi saya ingatkan, ini hanyalah pertunangan mengikut adat, belum lagi halal di sisi hukum.

Sehingga ke hari ini, saya tak pernah mengizinkan dia untuk tidur di rumah sesiapa pun.

Ain sepenuhnya masih dalam jagaan saya dan hak saya. Saya minta Haziq dan Ain menjaga batas.

Sumber: TikTok