Pelakon dan pengarah tersohor, Erma Fatima mengakui tidak dapat menahan sebak apabila melihat kebahagiaan pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Sayang Awak Kerana Allah’ – Fattah Amin Coretkan Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Amira Othman

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah & Amira Jadi Contoh, Utamakan Solat Walau Sedang Melancong – ‘Kalau Tak Pegang Tangan Mesti Tengah Jaga Wuduk’

Doa untuk mereka

Menerusi perkongsian di laman Threads, Erma atau nama lengkapnya Fatimah Ramad Ali, 56, dilihat hadir ke majlis persandingan Fattah dan Amira yang berlangsung pada malam Ahad.

Erma juga mengucapkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana mereka berdua dipertemukan jodoh dan mendoakan ia kekal hingga ke syurga.

Niat hati aku nak buat video ni sedih dan seloroh tunang dah kahwin tapi sesungguhnya aku memang sebak melihat mereka tadi.

Terima kasih Allah, Kau hantar seorang insan yang dapat memberi cinta sejati buat dia.

Pelihara cinta mereka hingga ke jannah.

Pesanan untuk Amira

Erma turut menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas pertemuan jodoh mereka dan mendoakan agar ikatan tersebut kekal bahagia hingga ke syurga.

Amira, jaga anak saya itu baik-baik okay.

Mama sayang awak berdua.

Pada majlis tersebut, Erma juga dilihat hadir bersama ibu serta adik-adiknya iaitu Datin Seri Umie Aida dan Betty Rahmad.

Terdahulu, Fattah dan Amira selamat diijakbulkan dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Sepang, Selangor, pada 14 September lalu.

Dinikahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Fattah dan Amira sah menjadi pasangan suami isteri dengan hanya sekali lafaz.

Sumber: Threads Erma Fatima