
Pendakwah bebas PU Syed tampil memberi teguran kepada seorang pempengaruh lelaki yang didakwa berpakaian seperti wanita.
Artikel Berkaitan: Pempengaruh Lelaki Dikecam Menyerupai Wanita – ‘Kalau Meninggal Sekarang, Saya Tanggung Dosa Sendiri’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Syed Selar Pempengaruh Hina Nabi – ‘Itu Ayat Yang Kufur, Saya Harap Dia Bertaubat Pada Allah’
Teguran PU Syed
Menerusi hantaran di Instagram, PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, menegaskan bahawa Rasulullah SAW melaknat golongan yang menyerupai jantina berlainan.
Jangan terlalu yakin dengan dosa wahai saudaraku!
Menyerupai jantina yang berlainan tanpa keperluan yang diiktiraf syarak adalah perbuatan yang diharamkan. Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.
Daripada Ibn Abbas berkata: “Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (Riwayat Imam al-Bukhari, no. 5885).
Menurut PU Syed, teguran yang diberikan itu adalah tindakan yang perlu dilakukan sebagai peringatan agar pempengaruh berkenaan kembali kepada fitrahnya dan segera bertaubat.
Apa yang lebih membimbangkan ialah apabila seseorang dengan penuh keyakinan berkata:
Benar, kewajipan kami hanyalah menyampaikan nasihat. Namun itu tidak bermaksud kami sanggup melihat saudara terus hanyut dalam kemungkaran tanpa teguran.
Allah berfirman: “Dan hendaklah ada dalam kalangan kamu satu golongan yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar.” (Surah Ali ‘Imran: 104)
Saudara yang dikasihi, janganlah terlalu yakin ketika melakukan dosa dan maksiat. Tiada seorang pun mengetahui bilakah ajal akan menjemput.
Jangan sampai kita kembali kepada Allah sebelum sempat bertaubat.
Firman Allah: “Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur: 31)
Dalam masa sama, PU Syed menasihati pempengaruh tersebut supaya mendapatkan bantuan dan rawatan jika mempunyai sebarang masalah terutama berkenaan kecelaruan jantinanya.
Sekiranya saudara sedang bergelut dengan masalah atau kecelaruan yang memerlukan bantuan, dapatkanlah rawatan dan bimbingan daripada pihak yang berkelayakan.
Jangan sampai nikmat yang Allah berikan menjadikan kita semakin jauh daripadaNya.
Kita bimbang itulah yang disebut oleh para ulama sebagai istidraj, iaitu apabila seseorang terus diberikan kesenangan sedangkan dia semakin tenggelam dalam maksiat.
Selain itu, PU Syed juga menggesa pihak berkuasa untuk memandang serius akan isu ini dan mengambil tindakan sewajarnya.
Pada masa yang sama, pihak berkuasa agama yang mempunyai bidang kuasa sewajarnya mengambil tindakan yang diperuntukkan oleh undang-undang jika terdapat pelanggaran syarak.
Tindakan tersebut bukan bertujuan menghina atau mengaibkan, tetapi sebagai pendidikan, pencegahan dan pengajaran kepada pelaku serta masyarakat.
Semoga Allah mengurniakan hidayah kepada kita semua.
Terdahulu, pempengaruh tersebut menjelaskan bahawa dia mengetahui tentang hukum berkaitan tindakkannya itu, namun menegaskan akan bertanggungjawab dan menanggung kesannya sendiri.
Sumber: PU Syed





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

