
Seorang wanita berkongsi pengalaman menyeramkan selepas mendakwa diganggu ketika menjalankan tugasan pemetaan ‘kubur digital’ di sebuah tapak perkuburan di Masjid Tanah, Melaka.
Penampakan ‘makhluk’ misteri

Menerusi hantaran di Threads, individu yang dikenali sebagai Nadiah Najib berkata ketika dia bersama rakan sekerjanya sedang menjalankan kerja lapangan.
Menurutnya, foto tersebut diambil oleh rakan pejabatnya sekitar jam 12 tengah hari sebagai dokumentasi tugasan ketika dia sedang fokus melakukan catatan cerapan.
Masa ni tepat pukul 12.00 tengah hari dekat tapak perkuburan Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka. Saya yang berdiri tengah buat cerapan untuk kubur digital.
Kawan pejabat snap guna telefon dia untuk ambil gambar kerja lapangan. Dia ingat habuk atau debu.
Bagaimanapun, selepas melihat semula foto berkenaan, rakannya mula menyedari terdapat satu bentuk aneh dalam gambar tersebut.
Tambah wanita itu, sepanjang berada di lokasi berkenaan dia turut merasakan suasana yang berbeza apabila berasa sejuk walaupun keadaan cuaca ketika itu panas terik.
Saya pula sepanjang kerja rasa sejuk sahaja, walaupun panas terik. Bila balik kawan itu baru perasan ada bentuk.
Memang yang snap gambar itu asyik cakap bau wangi. Saya pun beberapa kali rasa semacam tudung ditarik-tarik… Wallahualam,.
Jelasnya lagi, gambar tersebut merupakan foto asli dan tidak mempunyai sebarang suntingan.
Dah periksa gambar ni, kalau ada masalah teknikal tapi memang gambar asal.
Sumber: Threads








