Seorang individu mempersoalkan kaedah pembayaran yang didakwa digunakan oleh usahawan sensasi Jofliam apabila bayaran diterima terus ke akaun peribadi, selain pelanggan turut dikenakan caj SST.

Artikel Berkaitan: Jofliam Perjelas Pemilihan Nama Anak – ‘Asmara Lebih Romantis & Puitis’

Artikel Berkaitan: ‘Fitnah Saya Diberi Peluang Jaga Anak Selama Sebulan Kerana Bakal Dipenjarakan, Langsung Tidak Benar’ – Jofliam

Jofliam cuba elak bayar cukai?

View on Threads

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, individu berkenaan menggesa pihak pengurusan pusat beli-belah supaya menyemak kaedah pembayaran yang digunakan Jofliam.

Dakwanya lagi, tindakan Jofliam itu dipercayai berpotensi melibatkan beberapa kesalahan, termasuk pengelakan cukai, pemalsuan rekod serta kegagalan melaporkan pendapatan sebenar.

Berkenaan vendor Pizza Wagyu Jofliam, adakah anda tahu mengenai pembayaran terus melalui QR Pay ke akaun peribadi dia? Malah, Jofliam turut mengenakan caj SST.

Adakah pihak anda sedar bahawa tindakan seperti ini boleh menimbulkan persoalan berkaitan pematuhan cukai?

Jika benar berlaku, ia boleh melibatkan isu seperti pengelakan cukai, tidak melaporkan pendapatan sebenar, memalsukan rekod, tuntutan berbelanjaan tidak sah atau transaksi yang meragukan.

Selain itu, individu terbabit turut mendakwa Jofliam tidak menggunakan akaun bank perniagaan bagi menguruskan urusan perniagaannya, sebagaimana yang lazim diamalkan oleh seorang usahawan.

Dicanang sebagai ‘Pizza Wagyu RM99 terbaik di dunia’, tetapi tiada akaun bank perniagaan dan pembayaran pula dibuat ke akaun peribadi.

Sumber: Threads @syuhaimisudahgila