
Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya mendedahkan dirinya kini merancang untuk mengembangkan kerjaya dengan menceburi bidang penerbitan selepas lebih dua dekad berkecimpung dalam industri hiburan.
Artikel Berkaitan: ‘Cara Didikan Saya Typical Asian Mom, Beza Dengan Cara Awal’ – Scha Alyahya
Artikel Berkaitan: ‘Orang Anggap Kehidupan Artis Sentiasa Mudah, Hakikatnya Ada Cabaran Masing-Masing’ – Scha Alyahya
Terjun bidang penerbitan

Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 43, berkata, hasrat itu sudah lama terpendam dan kini dia mula mengambil langkah berani untuk merealisasikannya menerusi sebuah projek filem.
Saya baru selesai meeting untuk sebuah filem, tapi tidak tahu bila akan mulakan penggambaran. Masih mencari mana-mana pihak yang sudi menjadi funder.
Saya merancang ke arah menjadi seorang penerbit, sebab saya rasa bila lagi mahu mencuba. Saya selalu lihat di TV, kenapa di luar negara, pelakon boleh jadi penerbit.
Di Malaysia, trend itu baru berlaku sejak kebelakangan ini. Semakin ramai yang berani seperti Aedy Ashraf. Tetapi ada risikonya, sama ada berani atau tidak sahaja.
Scha berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumumannya bersama suami, Awal Ashaari sebagai pengasas bersama platform e-dagang penstriman langsung, JAM yang berlangsung di ibu negara, pada Khamis.
Ditanya apakah titik tolak yang mendorongnya menceburi bidang penerbitan, Scha berkata pengalaman bekerja dengan pelbagai produksi banyak membuka mata tentang keseluruhan proses pembikinan sesebuah naskhah.
Tambah Scha, menjadi penerbit bukan sekadar menghasilkan karya, malah menuntut komitmen tinggi dalam memastikan setiap projek mendapat perhatian termasuk mempromosikannya dengan bersungguh-sungguh.
Pengalaman saya dalam industri membuatkan saya tahu selok belok kerja-kerja di belakang tabir. Sebagai seorang selebriti menjadi penerbit, akan ada satu rasa seronok untuk promosikan karya itu.
Kadang ada segelintir pelakon bila disuruh promosikan karya mereka akan mengeluh. Saya rasa mahu ambil tanggungjawab itu. Saya mahu lakukan tugas itu seikhlas mungkin.
JAM Bahasa

Dalam perkembangan lain, Awal dan Scha secara rasmi diumumkan sebagai pengasas bersama (co-founders) platform e-dagang penstriman langsung (live commerce), JAM sekali gus menerajui usaha memperluaskan operasi syarikat ke pasaran pengguna berbahasa Melayu menerusi pelancaran JAM Bahasa.
Penglibatan pasangan selebriti itu bukan sekadar sebagai wajah kempen, malah mereka turut memainkan peranan penting dalam membentuk strategi serta hala tuju syarikat bagi pertumbuhan jangka panjang.
Pelantikan mereka diumumkan serentak dengan pelancaran rasmi JAM Bahasa, yang menjadi langkah terbesar syarikat untuk menembusi pasaran pengguna berbahasa Melayu selepas membina kejayaan dalam komuniti berbahasa Cina.
Bagi menyokong perkembangan tersebut, JAM turut membuka studio produksi penstriman langsung eksklusif seluas 6,500 kaki persegi yang dilengkapi 13 bilik produksi, sekali gus memperkukuhkan keupayaannya menawarkan penyelesaian e-dagang penstriman langsung secara menyeluruh kepada jenama dan pencipta kandungan.





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

