
Public Health Malaysia (PHM) tampil mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil durian secara berlebihan kerana boleh memberi kesan terhadap kesihatan.
Artikel Berkaitan: ‘Awak Boleh Kelakar Tanpa Perlu Bersikap Kejam’ – Public Health Malaysia Tegur Sikap Nabil Ahmad
Artikel Berkaitan: Public Health Malaysia Nasihat Jangan Dedah Gambar Anak Di Media Sosial – ‘Walau Apa Pun Niatnya, Jangan Kongsi’
Durian merbahaya
View on Threads
Menerusi ciapan yang dimuat naik, seorang pengguna Threads mengemukakan persoalan mengenai kesahihan dakwaan pengambilan durian secara berlebihan boleh menyebabkan serangan strok serta pembuluh darah pecah.
Dah dua kali dengar kes dekat kampung meninggal dunia sebab makan terlalu banyak durian.
Strok dan pembuluh darah pecah.
Sebenarnya fakta ke mitos? Tolong jawab doktor.
Ciapan tersebut meraih perhatian PHM yang tampil menjelaskan kesan pengambilan durian secara berlebihan khususnya terhadap individu yang menghidap penyakit kronik.
Bagaimanapun, PHM menegaskan bahawa punca serangan strok dan pembuluh darah pecah memerlukan penilaian perubatan namun pengambilan apa saja makanan secara berlebihan boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan.
Durian boleh jadi berbahaya jika dimakan terlalu banyak, terutama bagi pesakit darah tinggi, diabetes, jantung atau buah pinggang.
Tabiat itu boleh menaikkan gula secara mendadak dan potasium tinggi menggangu rentak jantung.
Untuk strok atau salur darah pecah, tidak boleh terus disahkan berpunca daripada durian tanpa penilaian perubatan. Bukan tak boleh makan, tapi jangan berlebihan.
Sumber: Threads @publichealthmalaysia








