
Usahawan, Haliza Maysuri menasihatkan para peniaga agar tidak terlalu bergantung kepada pendapat orang lain dalam menentukan hala tuju perniagaan masing-masing.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nak Potong Pisau Tak Lepas, Rupanya..’ – Haliza Maysuri Terkejut Suami Sorok ‘Gold Bar’ 1KG Dalam Kek Hari Lahir
Artikel Berkaitan: ‘Kami Berniaga Cari Rezeki & Bayar Zakat Tapi Kalau Benar Amanah Diseleweng, Luluhnya Hati’ – Haliza Maysuri
Nasihat
View on Threads
Menurut Haliza, dalam dunia perniagaan setiap individu akan mempunyai pandangan yang berbeza namun tidak semua pandangan itu perlu diikuti.
Kalau berniaga dengar cakap orang susah kita nak maju.
Hari ni orang kata salah, esok orang kata tak kena. Kalau semua nak ikut, lingkup perniagaan kita.
Jelasnya, sebagai seorang usahawan pandangan yang membina wajar diterima namun keputusan dalam menentukan hala tuju perniagaan perlu datang daripada keyakinan dan pertimbangan diri sendiri.
Katanya, penting bagi setiap usahawan untuk menjalankan perniagaan secara jujur selain sentiasa berusaha meningkatkan kualiti diri.
Buat yang terbaik ikut cara kita, dengar pandangan yang membina, tapi jangan hidup atas pendapat orang.
Yang paling penting, jujur, jaga kualiti dan terus baiki diri.
Berkongsi pengalaman sepanjang hampir tiga dekad dalam perniagaan, Haliza berkata perniagaannya mungkin tidak mampu bertahan sekiranya hanya mengikut pandangan orang lain tanpa berpegang pada visi dan keyakinan sendiri.
Saya hampir 30 tahun berniaga.
Kalau ikut dan dengar semua mulut orang rasanya dah lama tutup kedai.
Terdahulu, perniagaan Yatie Kitchen meluahkan rasa kecewa selepas kedainya menerima pelbagai kritikan susulan kunjungan seorang pengulas makanan.
Lebih mengecewakan, terdapat pihak yang sanggup mengeluarkan kata-kata kesat terhadap perniagaan tersebut.
Sumber: Threads








