
Personaliti media sosial dan usahawan, Abiejam tampil memperbetulkan salah faham susulan video tular yang memaparkan dirinya menawarkan wang hantaran RM1 juta kepada wanita yang sudi menjadi isterinya.
Artikel Berkaitan: Abiejam Nafi Dakwaan ‘Tunggang’ Isu Azar Azmi, Terima Teguran Vida – ‘Pasal Duit RM40,000 Tu Saya Memang Tak Tahu’
Artikel Berkaitan: Abiejam Tuntut Azar Azmi Bayar Hutang RM15K, Dakwa Tertunggak 6 Tahun – ‘Saya Mesej Tak Balas Sampai Sekarang’
Abiejam gurau hantaran 1 juta

Abiejam atau nama sebenarnya Mohd Khairul Nizam Wahiddin menjelaskan, video berkenaan dihasilkan sekadar sebagai kandungan hiburan selain menjadi medium untuk memperkenalkan perniagaan emas yang diusahakannya kepada orang ramai.
Menurutnya, dia sama sekali tidak menyangka video tersebut akan menjadi tular sehingga mengundang pelbagai reaksi dan salah faham dalam kalangan netizen yang menganggap tawaran berkenaan benar-benar serius.
Sebenarnya video cari isteri dan hantaran RM1 juta itu sekadar gurauan dan hiburan bagi memperkenalkan perniagaan emas saya.
Kalau ada yang terasa atau salah faham, saya minta maaf dari hati. Tak sangka pula ramai yang ambil serius bila bab berkahwin ini sedangkan itu sekadar gurauan saja.
Mengulas mengenai pelbagai reaksi yang diterima, Abiejam mengakui dia tidak mengambil hati terhadap komen negatif atau kecaman yang dilemparkan netizen.
Saya tidak terasa hati dengan komen netizen yang berbaur kecaman dan penghinaan apabila saya bergurau mengenai soal perkahwinan ini.
Cuma saya pelik mengapa ramai suka bertanya soalan yang sensitif dan membuat pelbagai andaian.
Ciri-ciri wanita pilihan

Dalam masa sama, Abiejam menegaskan harta bukanlah keutamaan dalam memilih pasangan hidup. Sebaliknya, dia mengimpikan seorang wanita yang ikhlas serta mampu menerima dirinya sebagai orang kurang upaya (OKU).
Saya mungkin tak mampu berjalan, tetapi mampu mencintai, menghargai dan membahagiakan wanita yang Allah takdirkan untuk saya.
Ciri-ciri wanita pilihan saya mudah sahaja, baik hati, penyayang, ikhlas, memahami dan menerima keadaan saya sebagai seorang OKU.
Mengulas dakwaan kononnya dia bersikap riak dengan menawarkan wang hantaran bernilai RM1 juta, Abiejam menafikan tanggapan tersebut.
Jelasnya, jumlah berkenaan hanyalah simbol kesungguhan dan tanggungjawab seorang lelaki untuk mendirikan rumah tangga, bukannya bertujuan menunjuk-nunjuk kemewahan.
Nilai hantaran itu bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya simbol kesungguhan dan tanggungjawab. Ramai menilai kemampuan seorang lelaki hanya berdasarkan fizikal atau pandangan luaran.
Soal hantaran hanyalah simbol. Yang lebih penting ialah keikhlasan, kesetiaan dan bagaimana seorang suami menjaga maruah serta kebahagiaan isterinya.
Jadi, wang hantaran RM1 juta itu bukan soal angka, sebaliknya mesej bahawa saya serius terhadap institusi perkahwinan.





![[VIDEO] ‘Kami Tak Berdendam Dengan Ibu Kandung Arwah’ – Abang Angkat Amir Qusyairi](https://asset.ohbulan.com/2026/08/amir-1.jpg)

![[VIDEO] Kastam Indonesia Kongsi Rakaman CCTV Penahanan Juruterbang Malaysia Didakwa Seludup Dadah, Sebotol Urin Turut Dirampas](https://asset.ohbulan.com/2026/08/juruterbang2.png)
