
Usahawan Abiejam tampil memberikan penjelasan berhubung spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan pelakon Azar Azmi yang sedang hangat diperkatakan.
Artikel Berkaitan: Abiejam Tuntut Azar Azmi Bayar Hutang RM15K, Dakwa Tertunggak 6 Tahun – ‘Saya Mesej Tak Balas Sampai Sekarang’
Artikel Berkaitan: Azar Azmi Akan Selesai Hutang Abiejam, Serah Pada Pihak Pengurusan Untuk ‘Handle’
Abiejam nafi ambil kesempatan

Menjawab dakwaan yang tersebar, Abiejam menegaskan dia langsung tidak tahu mengenai pemberian wang RM40,000 yang dikatakan diterima Azar daripada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri.
Saya memang tak tahu langsung pasal duit tu jangan lah cakap yang saya seolah-olah tahu semuanya.
Menurutnya lagi, kekeliruan timbul apabila kenyataan terdahulunya disalah tafsir sehingga wujud tanggapan dia cuba mengelirukan cerita sebenar.
Jelas Abiejam, apa yang dikongsikan sebelum ini hanya mengenai isu yang sedang tular serta bantuan yang diberikan, bukan berkaitan jumlah wang tersebut.
Ini dua cerita berbeza. Yang saya tahu cuma isu dia tengah viral dan Datuk Aliff bantu. Bab duit RM40,000 tu memang saya tak tahu langsung.
Dalam perkembangan sama, Abiejam turut menerima teguran daripada usahawan terkenal Datuk Seri Vida ketika sesi siaran langsung.
Vida menasihatkannya supaya tidak mendedahkan hal peribadi orang lain dan menguruskan perkara berbangkit secara tertutup.
Enggan memanjangkan kontroversi, Abiejam berharap orang ramai tidak terus membuat andaian atau mengaitkan dirinya dengan isu yang tidak berada dalam pengetahuannya.
Terdahulu, namanya menjadi bualan apabila timbul dakwaan dia berusaha mendapatkan kembali wang RM15,000 daripada Azar selepas mendakwa gagal menghubungi pelakon itu selama beberapa tahun.








![[VIDEO] Abiejam Jelaskan Tujuan Belanja RM12,000 Beli Squishy Untuk Kanak-Kanak – ‘Saya Tahu Ramai Ibu Tidak Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/10/abiejam-2.jpg)