
Pelakon Azrel Ismail menegur sikap segelintir individu yang dikatakan kurang profesional ketika berurusan dalam soal pekerjaan.
Artikel Berkaitan: ‘Ingat Saya Tak Laku Ke?’- Azrel Ismail Jawab Dakwaan Cinta Halusinasi
Artikel berkaitan: Azrel Ismail Hangat Bercinta Dengan Gadis Bermata Hijau, Siapa Si Cantik Ini Sebenarnya?
Azrel Ismail beri teguran

Menerusi hantaran di Threads, Azrel berkata dia melayan semua individu dalam pasukannya secara sama rata tanpa mengira kedudukan atau peranan mereka.
Namun, dia kecewa apabila berdepan dengan segelintir individu yang kurang profesional dan tidak mengambil berat perkara asas dalam urusan kerja.
Saya melayan semua orang dalam pasukan saya secara sama rata berdasarkan kerja, profesionalisme dan rasa hormat antara satu sama lain.
Kalau basic respect macam membalas mesej atau menghubungi semula pun tak boleh, tapi sempat tengok Instagram Stories saya dan mengikuti apa yang saya lakukan. Maaf, saya tak berminat.
Dalam pada itu, Azrel mengingatkan semua pihak supaya sentiasa menjaga sikap dan tidak terlalu memandang tinggi terhadap diri sendiri.
Ujarnya lagi, masih ramai individu yang menghargai peluang yang diberikan dan bersedia memberikan komitmen dalam pekerjaan.
Tiada sesiapa yang tidak boleh digantikan. Ramai lagi di luar sana yang benar-benar menghargai peluang.
Jadi, kekal profesional dan merendah diri. Jangan terlalu berangan sehingga merasakan diri terlalu bernilai. Kadang-kadang, anda cuma biasa sahaja. Terima kasih.
Sumber: Threads Azrel Ismail








![[VIDEO] Khairul Aming Bagi ‘Tips’ Kurus, Mohon Jangan Stres ‘Cut’ Makan – ‘Ambil Yang Kita Boleh Konsisten’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/KA-25.jpg)