
Seorang usahawan tampil membuat tuntutan terbuka terhadap seorang pempengaruh terkenal yang didakwa berhutang sebanyak RM1.4 juta.
Artikel Berkaitan: ‘Maaf Andai Saya Melebih Dalam Live Fattah & Amira’ – Yuti
Artikel Berkaitan: Cik Epal Dikecam Kekok Semasa Live, Yuti ‘Backup’ – ‘Dia Buka Hati Nak Belajar’
Bayar hutang
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, usahawan yang dikenali sebagai Datin Lyanaz mendakwa wang ringgit berjumlah RM1.4 juta telah diserahkan kepada individu terbabit untuk dijadikan modal bagi menjalankan perniagaan.
Selain itu, Datin Lyanaz turut menitipkan teguran kepada pempengaruh terbabit agar tidak menggunakan wang milik orang lain untuk meneruskan kehidupan mewah.
Pempengaruh hutang RM1.4 juta tolong bayar.
Jangan rolling duit orang untuk kehidupan yang mewah.
Kuat dekat TikTok himpit sana sini.
Tiada perasan bersalah ke?
Dalam pada itu, Datin Lyanaz turut memberi petunjuk mengenai identiti pempengaruh yang didakwa berhutang dengan menggambarkan tubuh badannya agak berisi serta mempunyai hubungan baik dengan beberapa pempengaruh lain.
Petunjuk: Badan chubby, baik dengan ramai pempengaruh.
Sumber: Threads @datin_lyanaz_official








