
Pelakon Nelissa Nizam berkongsi pengalaman selepas menjalani pembedahan membuang sista (cyst) pada ovari yang dikesan berukuran lima sentimeter.
Artikel Berkaitan: Nelissa Nizam Jatuh Bilik Air Sebelum Penggambaran ‘Seadanya Kita’, Dahi Terkoyak Nampak Tulang
Artikel Berkaitan: Netizen Pertikai Kerap Bawa Watak Antagonis, Nelissa Nizam Berpendapat Semua Ada Cabaran Tersendiri – ‘Saya Akan Usahakan’
Nelissa Nizam jalani pembedahan buang cyst

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Nelissa Edreena Nizam, 28, berkata dia pada awalnya hanya mengalami rasa kurang selesa sebelum mendapatkan pemeriksaan di hospital.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat sista pada ovarinya dan doktor mencadangkan untuk menjalani pembedahan.
Saya punya sista (cyst) tiba-tiba dapat tahu tu bila saya pergi hospital, dia dah 5 cm (sentimeter). Nasib baik saya punya cuma sista saja, dia tak sampai ke PCOS.
Sebenarnya saya tak rasa sakit sangat. Dia cuma rasa tak selesa sahaja.
Dalam pada itu, Nelissa mendedahkan dia pernah berdepan masalah sista sebelum ini, namun keadaannya ketika itu tidak begitu serius sehingga memerlukan pembedahan.
Ini bukan kali pertama saya ada cyst. Sebelum ini pernah tapi saiznya tak sebesar sekarang yang sampai kena pembedahan.
Berkongsi keadaan terkini, Nelissa berkata dia masih menjalani tempoh pemulihan dan belum dibenarkan untuk melakukan aktiviti lasak.
Doktor tak bagi saya workout dan dia cakap dalam tempoh tiga bulan, jangan buat kerja berat-berat.
Saya pun terpaksa tolak satu tawaran filem aksi. Doktor tak sarankan sebab bekas luka masih baru lagi.

Dalam perkembangan lain. Nelissa bersama beberapa rakan selebriti termasuk Sophia Albarakbah, Meerqeen, Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Ikmal Amry dan ramai lagi turut hadir ke Majlis Pelancaran Rumoh Mekda yang bertempat di Bangsar Village, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Majlis tersebut turut diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
Menampilkan inspirasi masakan Kelantan, Terengganu dan Pahang, Rumoh Mekda mengetengahkan hidangan seperti Nasi Kerabu Ayam Percik, Ikan Patin Goreng Sambal Tempoyak, Daging Tumbok, Singgang Oxtail dan Puding Diraja. Pembukaan restoran ini menjadi kesinambungan perjalanan katering mereka, sekali gus membolehkan orang ramai menikmati juadah Pantai Timur dalam suasana yang lebih santai setiap hari.






![[VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/IMG_6309.jpeg)
