Pelakon Sharifah Shahora respon secara spontan berkongsi pandangan mengenai hubungan antara selebriti atau pempengaruh yang pernah menyindir rakan seindustri.

Artikel Berkaitan: Usia Bukan Penghalang, Sharifah Shahora Seronok Sambung Ijazah Pada Usia 40-an – ‘Rasa Lebih Yakin & Enjoy Buat Assignment’

Artikel Berkaitan: Sharifah Shahora Titip Doa Buat Rita Rudaini & Fazura, Sifatkan Dua Figura Sebagai Wanita Hebat – ‘Semoga Dapat Jodoh Membahagiakan’

Mengata rakan seindustri

Menerusi ciapan di Threads, seorang individu mempersoalkan tindakan selebriti yang pernah menyindir rakan seindustri apabila mereka bertemu di sesebuah majlis.

Macam mana kalau selebriti, artis, pempengaruh kalau yang jenis kutuk atau sindir selebriti, artis, pempengaruh lain berjumpa di majlis ya? Pura pura baik ke? Memang tak bertegur ke? Buat tak kenal ke? Ke macam mana?

Bagaimanapun ciapan tersebut meraih perhatian Shahora yang tampil memberikan pandangannya mengenai situasi berkenaan.

Menurut Shahora, golongan selebriti tetap akan bertegur sapa apabila bertemu di majlis yang dihadiri namun tidak semestinya hubungan tersebut benar-benar baik di belakang kamera.

Jawab dengan sopan santun.

Bertegur saja tapi pura-pura.

Jaga imej depan orang ramai.

Sumber: Threads @sharifahshahora