Pelakon, Sharifah Shahora tidak menjadikan umur sebagai penghalang untuknya meneruskan pengajian di peringkat ijazah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Awak Nak Buat Sesuatu Ingat Muka Saya & Anak-Anak’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rita Rudaini Tak Ikut ‘Membawang’ Hal Fattah Amin & Amira Othman, Netizen Label Wanita ‘Classy’

Sambung belajar

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu meluahkan rasa kurang yakin untuk menyambung pelajaran pada usia lanjut dan meminta pandangan orang ramai.

Bagaimanapun, menurut Shahora dia lebih menikmati proses pembelajaran dan seronok menjalani kehidupan sebagai pelajar pada usia mencecah 40-an.

Saya ambil ijazah sarjana muda pada umur 44 tahun. Saya rasa lebih yakin dan enjoy buat assignment.

Go and fly high.

Komen tersebut mendapat perhatian ramai warganet yang melihatnya sebagai kata-kata dorongan kepada golongan dewasa yang mungkin ragu-ragu untuk kembali ke alam akademik.

Menjengah ke ruangan komen, netizen memuji sikap positif aktres itu dan menjadikan sebagai inspirasi bahawa keyakinan diri boleh dipupuk pada bila-bila masa.

Sumber: Threads