Penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun hadir dengan album baharu, Salawat The Beloved menandakan 25 tahun perjalanannya dalam industri muzik.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pernah Berhabis Hampir Setengah Juta Ringgit Untuk Kes Saman, Hafiz Hamidun Nasihat ‘Public Figure’ Lindung Nama & Imej

Album baharu 

Menurut Hafiz, Salawat The Beloved merupakan sebuah karya kerohanian yang istimewa.

Selepas melalui pelbagai fasa dalam kerjaya, saya mahu menghasilkan sebuah karya yang kembali kepada sesuatu yang sangat dekat dengan jiwa saya iaitu selawat dan kecintaan kepada Rasulullah SAW. 

Tambah Hafiz, album ini mengandungi selawat-selawat yang biasa diamalkan oleh orang ramai namun diberi nafas baharu yang lebih segar.

Selawat-selawat dalam album ini kebanyakannya yang sudah kita kenal dan amalkan sejak sekian lama. Ia diberikan nafas baharu menerusi susunan muzik yang lebih cinematic, kontemporari dan berskala besar, tetapi masih mengekalkan roh serta keindahan asalnya. 

Saya mahu orang mendengarnya bukan sebagai sebuah album, tetapi sebagai satu perjalanan spiritual dan emosi.

Konsep muzik album ini adalah cinematic devotional music. Saya mahu mengekalkan melodi dan identiti selawat yang sudah dikenali, tetapi membawanya ke dalam soundscape yang lebih luas, dengan elemen orkestra, ambient, world music, percussion dan sentuhan kontemporari.

Dalam pada itu, Hafiz memaklumkan bahawa proses pembikinan album Salawat The Beloved mengambil masa kira-kira setahun yang melibatkan pemilihan lagu, susunan (arrangement), rakaman, produksi muzik sehingga proses visual dan penggambaran.

Saya memang mengambil masa kerana saya tidak mahu menghasilkan album selawat sekadar untuk memenuhi jadual penerbitan.

Setiap lagu perlu mempunyai identiti dan mood tersendiri, tetapi apabila digabungkan, semuanya masih terasa seperti berada dalam satu dunia yang sama, dunia Salawat The Beloved.

Bukan itu sahaja, Uzbekistan juga telah dipilih sebagai antara lokasi utama penghasilan video muzik bagi album Salawat The Beloved ini.

Saya memilih Uzbekistan kerana negara itu mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan sejarah dan tamadun Islam. 

Samarkand dan Bukhara khususnya merupakan antara pusat ilmu yang sangat penting dalam sejarah dunia Islam. Nama nama besar seperti Imam al-Bukhari juga mempunyai hubungawarna, tekstur dan landskap yang sangat unik. 

Apabila kita melihat Registan di Samarkand, seni bina madrasah, kota lama Bukhara ataupun kawasan pergunungan, semuanya mempunyai karakter yang sangat kuat.

Justeru, Hafiz berharap agar album ini menjadi manfaat kepada para pendengar, setiap kali mereka mendengarnya walau di mana pun berada.

Harapan saya sebenarnya sederhana. Saya mahu album ini menjadi sebuah karya yang orang boleh dengar berkali-kali, bukan hanya ketika ia dilancarkan. 

Kalau lagu-lagu dalam album ini boleh menemani seseorang ketika memandu, berada di rumah, ketika mencari ketenangan, atau membuatkan seseorang kembali berselawat dan mengingati Rasulullah SAW, bagi saya itu sudah menjadi satu pencapaian yang sangat besar.

Pada masa sama, saya berharap Salawat The Beloved boleh membawa muzik Islamik dari Malaysia kepada audiens yang lebih luas di peringkat antarabangsa. 

Selepas 25 tahun dalam industri, saya melihat album ini bukan sekadar satu lagi album dalam katalog saya, tetapi sebagai sebuah karya yang merangkum perjalanan, kecintaan dan legasi yang saya mahu tinggalkan melalui muzik.