![[VIDEO] Mierul Aiman Serahkan Soal Bayaran Pada Pihak Pengurusan – ‘Saya Hanya Jalankan Tanggungjawab Sebagai Anak Seni’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/mierul-aiman.jpg)
Pelakon Mierul Aiman menyerahkan sepenuhnya urusan berkaitan bayaran kepada pihak pengurusan.
Artikel Berkaitan: ‘Hang Tuah Tak Tackle Puteri Gunung Ledang Dengan Modal Hidung Mancung’ – Mierul Aiman
Artikel Berkaitan: Mierul Aiman Dipuji Ada Aura Tersendiri, Netizen Yakin Mampu Bergelar ‘A-Lister’ – ‘Tak Ada Kontroversi Murahan’
Urusan bayaran

Ketika ditemui OhBulan!, Mierul atau nama penuhnya Mohammad Amirul Aiman Norazman, 27, berpendapat urusan berkaitan bayaran lebih sesuai dikendalikan oleh pihak pengurusan.
Menurut Mierul, dia memilih untuk mengutamakan tanggungjawab dan komitmennya sebagai seorang anak seni.
Saya rasa lebih baik pihak pengurusan yang berbincang soal bayaran kerana saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai anak seni.
Saya lebih memberi keutamaan dalam bahagian lakonan atau kempen penjenamaan, selebihnya saya serahkan kepada pihak pengurusan.
Mierul berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana episod pertama siri terbaharu lakonannya, Kudrat 1968: High Council yang berlangsung di TGV KLCC pada Khamis.
Mengulas lanjut, Mierul yakin pihak pengurusan mampu mencapai kata sepakat menerusi perbincangan bersama semua pihak yang terlibat.
Tambahnya, setiap individu perlu kekal fokus terhadap tanggungjawab dan peranan masing-masing.
Saya percaya semua perbincangan itu akan dipersetujui kedua-dua belah pihak tanpa membabitkan isu peribadi.
Saya ada pengurusan yang menguruskan bahagian-bahagian perniagaan (bayaran) dan membantu menjadi orang tengah dalam teknik pemasaran.
Jadi, saya hanya perlu fokus untuk bekerja dan terus berkarya.







