
Tular sebuah video memaparkan pelakon dan pengacara, Sweet Qismina sedang menemu bual beberapa warga Rohingya untuk sebuah rancangan yang disiarkan di sebuah stesen televisyen.
Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Sedih Dah Tak Dapat Main Bola Di Taman, Padang Didakwa Di ‘Conquer’ Warga Rohingya
Artikel Berkaitan: #TipsXTRA: Bakat Saja Tak Cukup, Sweet Qismina Dedah ‘Kunci’ Untuk Bertahan Dalam Industri
Dah shooting lama

Sweet, 28, menjelaskan, rakaman rancangan berkenaan dibuat sekitar 10 tahun lalu dan ketika itu pengetahuannya mengenai isu membabitkan masyarakat Rohingya masih cetek.
Menurut Sweet, rancangan itu memberi fokus kepada kisah kebajikan serta usaha murni individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia.
Saya jalani penggambaran ini sekitar 10 tahun lalu rasanya. Nama rancangan ini ‘Orang Baik-Baik’. Apa sahaja kisah kebajikan dan usaha murni individu sukarelawan (NGO) di Malaysia, rancangan ini akan buat liputan.
Setiap episod jumpa inidividu atau NGO yang berbeza. Tetapi untuk episod ini, fokus saya adalah melihat apa ‘kebaikan’ dari pihak mereka.
Saya mengakui ketika itu kurang ilmu tentang Rohingya ini. Banned episod ini, tengok episod lain yang ada NGO Malaysia.
Penjelasan tersebut dibuat selepas seorang pengguna media sosial meluahkan rasa kurang senang terhadap sebuah rancangan yang memaparkan kehidupan warga Rohingya, selain mempersoalkan tindakan Sweet mengendalikan rancangan berkenaan.
Aku ini buka Threads dah lah serabut tengok kes Rohingnya, TV ini boleh pula kau nak tayang kisah wanita Rohingnya, serabut lah.
Sumber: Threads

![[VIDEO] Pekerja Coffee Bean Fasih Bertutur Bahasa Korea Curi Perhatian Warganet](https://media.says.com/2026/09/yu9GYzFz-download.png)



![[VIDEO] Khairul Aming Menangis Kenang Arwah Bapa – ‘Dulu Nak Beli Ubat Tak Ada Duit, RM50 Pun Saya Tak Mampu Nak Bagi’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/khairul-aming-.jpg)


