
Personaliti media sosial dan penyanyi, Ceddy Ang, berdepan cubaan penipuan selepas kad kredit miliknya didakwa cuba digunakan pihak tidak bertanggungjawab.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ceddy Ang Nasihat Netizen Kawal Emosi Di Media Sosial – ‘Jangan Terus Masuk Campur, Kita Tak Tahu Kesannya’
Artikel Berkaitan: ‘Dulu Saya Exposed Syarikat Mahu Bayar Dengan Pizza, Mereka Ugut Untuk Saman’ – Ceddy Ang
Ceddy Ang nyaris jadi mangsa scammer
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Ceddy berkata, cubaan transaksi itu melibatkan bayaran sebanyak USD1,029 sekitar RM4,000 kepada pihak tidak dikenali di sebuah syarikat ternama.
Menurutnya, dia menyedari cubaan transaksi tersebut selepas menerima notifikasi daripada aplikasi perbankan yang memintanya mengesahkan transaksi berkenaan.
Sebab inilah saya benci scammer. Ada orang cuba guna kad kredit saya untuk buat bayaran sebanyak USD1,029 kepada sesuatu yang tak diketahui di Apple. Ya, dalam dolar AS.
Nak scam pun agak-agaklah sikit, ni terus go big or go home. Nasib baik bank aplikasi ada suruh approve or reject transaction. Kalau tak, menangis aku.
Susulan kejadian itu, Ceddy berkata dia terpaksa menyekat kad kredit berkenaan dan menunggu kad baharu dikeluarkan.
Please lah scammers neraka ni jangan susahkan hidup orang. Tak pasal saya kena block dan tunggu kad baru.
Sumber: Threads





![[VIDEO] Roslan Shah Sebak Pertemukan Sajat & Ibu – ‘Dia Memeluk Anak Yang Sudah Lama Tidak Bertemu’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/IMG_0375.jpeg)


