Hantaran terkini yang dimuat naik oleh penyanyi dan pelakon Didi Astillah telah menyorot perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: Nikah Di Hari Asyura, Didi Astillah Kini Sah Isteri Diniey Ng

Mengidam laksa?

Menerusi hantaran di laman Threads, Didi atau nama lengkapnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 30, menyatakan keinginannya untuk membeli laksa.

Dalam masa yang sama, Didi juga bertanya kepada warganet di mana dia boleh membeli laksa yang sedap.

Ada tak laksa di kawasan Ampang yang sedap dan tak hanyir?

Komen netizen 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menghujani hantaran Didi dengan ucapan tahniah dan membuat andaian bahawa selebriti itu sedang berbadan dua.

Bagaimanapun, Didi berkata, hantarannya itu hanyalah sekadar pertanyaan mengenai makanan tersebut yang digemarinya sejak kecil.

Saya tanya dekat mana laksa sedap je. Kenapa orang cakap tahniah? Saya dari kecil suka makan laksa.

Untuk info, Didi dan suami Diniey Ng selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat di Cyberjaya pada 26 Jun lalu.

Sumber: Thread