Penyanyi dan pelakon Bella Astillah tampil memberikan respon selepas video prank sempena hari lahir ibunya dan isu pakaian yang digayakan di sebuah program telah dihujani dengan pelbagai reaksi warganet.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Birthday Prank’ Menjadi! Netizen Puji Ibu Didi Astillah Tegas Dengan Anak & Syed Saddiq Tenang Kawal Situasi Tegang

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Kagum Didi Astillah Kerja Dari Kecil Demi Keluarga – ‘Hasil Duit Itulah Diguna Untuk Bantu Bella Fokus Belajar’

Respon Bella

Ketika ditemui OhBulan!, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, hanya menjawab ringkas berkenaan kejutan yang dirancang untuk ibu tercinta, Siti Zarina tempoh hari.

Apa-apa saja yang terjadi, sudah pun terjadi.

Jadi kita teruskan saja dan buat yang lebih baik di masa akan datang.

Terima kasih semua sebab ambil berat.

Bella berkata demikian seusai menjayakan Konsert Bintang Uni-verse 2026 yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada Ahad.

Sementara itu, ketika disoal tentang imej, Bella berkata, dia tidak mahu menyentuh tentang perkara tersebut lagi, namun tetap menjadikannya sebagai pengajaran untuk memperbaiki diri.

Dalam pada itu, pelantun lagu Lebih Indah Berpisah ini menghargai pendapat yang disuarakan oleh pelawak Harith Iskander, susulan isu tersebut turut mendapat perhatiannya.

Sebenarnya saya ada tengok video itu. Terima kasih kepada Harith Iskander.

Saya tak kenal dia secara peribadi tetapi seperti yang dikatakan perkara ini pun sudah lepas, jadi bila diungkapkan semula, rasa seperti mengorek balik cerita itu.

Insya-Allah, saya akan perbaiki apa yang patut selepas ini.

Terdahulu, video prank berkenaan telah mencetus rasa kurang senang dan disifatkan keterlaluan berikutan tunangnya, Syed Saddiq merupakan seorang ahli politik.

Menerusi video tersebut adik kepada Bella iaitu Didi Astillah dilihat bertengkar dengan seorang pelayan restoran sehingga keadaan menjadi tegang.

Manakala penampilan ibu kepada dua orang anak itu juga baru-baru ini telah mendapat kritikan warganet semasa muncul sebagai juri di konsert suku akhir Talk To My Manager 2.