Pelakon Fatin Afeefa menjelaskan bahawa dia mempunyai alasan tersendiri untuk memilih menghantar anak-anaknya ke sekolah swasta.

Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Kongsi Pengalaman Sara Hidup Tanpa Nafkah Daripada Bekas Suami – ‘Catu Makanan Kongsi Bertiga’

Artikel Berkaitan: Cinta Opai Buat Fatin Afeefa Bertambah Setiap Hari – ‘Perkahwinan Kami Bukan Untuk Ditayang Pada Umum’

Pilih sekolah swasta

Menerusi komen yang ditinggalkan di hantaran seorang pengguna Threads, Fatin atau nama lengkapnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, berkata, keselamatan merupakan antara faktor utama anak-anaknya dihantar ke sekolah swasta.

Bukan obses tapi lebih kepada aspek keselamatan.

Satu sekolah sudah ada semua, sekali dengan Kafa. Jadi tak payah hantar anak ke tempat lain selepas persekolahan.

Anak pun tak penat terkejar-kejar ke sana sini.

Selagi pemandu atau ibu bapa tak sampai, anak tak boleh keluar dari pagar.

Selain itu, Fatin juga mengutamakan keselesaan di sekolah terutama apabila anaknya berdepan dengan masalah kesihatan.

Satu kelas maksimum 20 orang, kadang-kadang ada yang kurang dari itu.

Dan ada penyaman udara. Anak perempuan saya hidungnya senang berdarah kalau terlalu panas, jadi memang perlu cari sekolah yang ada penyaman udara.

Tapi kadang-kadang orang tak faham.

Tambah Fatin, kos yang dibelanjakan untuk anak-anak menimba ilmu di sekolah swasta tidak banyak bezanya dengan sekolah biasa.

Kalau kira, kos sama sahaja macam hantar sekolah biasa sebab tak perlu tambah kos transit, pengangkutan, baju untuk Kafa dan makan pun jimat.

Sumber: Threads