Pempengaruh media sosial dan usahawan, Opai menyorot perhatian apabila memuat naik hantaran romantik mengenai isteri tercintanya yang juga pelakon, Fatin Afeefa.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fezrul Khan Cabar Opai Lawan Muay Thai, Berang Nama Jojo Ghazali Dipetik

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Opai Dedah Malaysia Bakal Anjurkan Perlawanan Tinju, Nama Jojo Ghazali Dipetik – ‘Yang Pasti Bukan Dia Sebab Selalu Kalah’

Kata penghargaan buat Fatin

Menerusi Threads, Opai yang memuat naik foto mesranya bersama Fatin meluahkan kata-kata penghargaan buat isterinya itu yang disifatkan sebagai sumber kekuatan dan ketenangan buatnya.

Dia (Fatin) adalah satu-satunya sebab saya terus melangkah ke hadapan.

Tak ada sebarang perbalahan mahupun drama tetapi hanya ketenangan bila bersamanya.

Dia sering memaafkan tanpa menunjuk malah sentiasa menyokong tanpa perlu sebarang sorakan.

Dia juga sentiasa berdoa ketika tiada siapa melihat.

Dalam pada itu, pemilik nama Aliff Awang ini turut menegaskan bahawa perkahwinannya bersama Fatin bukanlah untuk tatapan orang ramai di media sosial.

Perkahwinan kami bukan untuk tontonan umum (internet) tetapi ia merupakan satu perjuangan buat kami menangi bersama.

Aku tak perlu selalu ‘upload’ fasal dia untuk buktikan apa-apa.

Semakin hari, aku semakin mencintainya lebih dari hari-hari sebelumnya.

Komen netizen

Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian netizen yang ratanya-ratanya kagum melihat ikatan yang ditunjukkan Opai dan Fatin sebagai suami isteri.

Menjengah ke ruangan komen, netizen juga mendoakan agar ikatan perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sumber: Threads Opai