Kehadiran pasangan selebriti, Redza Rosli dan Bella Hanna di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur pada Rabu mencetuskan tanda tanya.

Artikel Berkaitan: Foto Di Pejabat Agama Cetus Spekulasi, Bella Hanna Beri Penjelasan – ‘Tak Semua Orang Ke Sana Untuk Bercerai’

Artikel Berkaitan: Bella Hanna Kongsi Foto Di Pejabat Agama, Cetus Tanda Tanya

Hadir mahkamah syariah

Redza, 34, dikatakan hadir mengenakan kemeja putih siap bersongkok manakala, Bella, 30, menyarung jubah berona merah jambu.

Bagaimanapun Redza ketika ditemui media enggan memberikan sebarang respon mahupun alasan mengenai kehadirannya ke mahkamah.

Peguam yang mewakili Redza, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib berkata, dia enggan memberikan sebarang kenyataan demi menghormati anak guamnya.

Sebelum ini, Bella pernah menjelaskan salah faham yang timbul susulan foto dimuat naik memaparkan dirinya berada di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Selangor pada 2 Julai lalu.

Bella berkata, orang ramai tidak seharusnya terburu-buru membuat andaian hanya berdasarkan satu gambar yang dikongsikan di media sosial.

Menurut Bella, dia tiada niat untuk mencetuskan sebarang spekulasi sekali gus menegaskan rumah tangga dalam keadaan baik.

Redza dan Bella mendirikan rumah tangga dengan Redza pada 2024. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Aydrean Raess, pada 13 Januari lalu.