Seorang peniaga dan hos siaran langsung menitiskan air mata kerana terharu dengan kebaikan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Doa Wanita TTC 10 Tahun Dikurniakan Zuriat, Kongsi Amalan Terbaik – ‘Baca Doa Nabi Zakaria, Sedekah & Istighfar’

Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Dominasi AIM25 Dengan 14 Pencalonan, Ini Senarai Penuh Setiap Kategori

Bagi ‘gift’

Menerusi sesi jualan siaran langsung di TikTok, hos tersebut yang dikenali sebagai Almiyaz sedang ligat menjual barangan peralatan dapur.

Tidak lama selepas itu, Siti Nurhaliza dilihat turut menonton sesi siaran langsung tersebut dan memberikan ‘gift’.

Tersentuh dengan kebaikan penyanyi itu, Almiyaz mengalirkan air mata dan menyifatkan pemberian tersebut sebagai pemangkin semangatnya untuk terus menjual.

Terima kasih Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dari penat terus bersemangat pula.

Pelantun lagu Kesuma tersebut juga meninggalkan komen kepada Almiyaz dan menyifatkannya sebagai seorang insan yang hebat.

Hebat dia ni!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat momen itu kerana menganggap Almiyaz layak menerima hadiah tersebut selepas usaha dan penat lelahnya berniaga.

Dalam masa yang sama, warganet juga memuji Siti Nurhaliza yang pemurah dan sudi berkongsi rezeki bersama orang lain.

Sumber: Threads