
Pelakon Ikmal Amry tampil memohon maaf susulan penggunaan perkataan ‘kedekut’ ketika mengulas mengenai sikap lelaki sebelum berkahwin dalam sebuah podcast baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tinggalkan Dunia Saya, Kejar Masa Depan Bersama Isteri’ – Ikmal Amry
Artikel Berkaitan: ‘Isteri Tak Suka Saya Tayang Badan’ – Ikmal Amry Kurangkan ‘Belanja’ Di Sosial Media, Hanya Tunjuk Dalam Naskhah
Ikmal Amry mohon maaf

Menerusi hantaran di Threads, Ikmal atau nama lengkapnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 32, mengakui penggunaan perkataan tersebut kurang sesuai dan menjelaskan bahawa istilah ‘berpada-pada’ lebih tepat untuk menggambarkan maksud yang ingin disampaikannya.
Ujar Ikmal lagi, dia menyedari kenyataan tersebut turut menyinggung perasaan beberapa pihak.
Saya minta maaf atas penggunaan perkataan ‘kedekut’ yang telah menyinggung beberapa pihak. ‘berpada-pada’ lebih sesuai.
Permohonan maaf tersebut dibuat selepas kenyataan Ikmal mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan netizen.
Sebelum ini, terdapat segelintir netizen yang mempertikaikan pandangan Ikmal mengenai lelaki yang sepatutnya bersikap ‘kedekut’ sebelum berkahwin.
Kenyataan tersebut dipercayai merujuk kepada pandangan Ikmal bahawa seorang lelaki tidak seharusnya terlalu banyak berbelanja untuk pasangan selagi hubungan mereka belum berkahwin.
Sumber: Threads








