
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan Bella Astillah berkongsi momen istimewa apabila meluangkan masa hampir dua jam bersama bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Teruja Nak Kahwin, Akui Bahagia Temui Bella Astillah – ‘Kenapa Malu? Saya Bersyukur’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Pilihan Tidak Akan Berubah & Wanita Itu Ada Di Sisi Saya’ – Syed Saddiq
Berguru selama dua jam

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Syed Saddiq menyifatkan Wan Azizah sebagai individu paling layak untuk memberikan nasihat berkaitan kehidupan berumah tangga.
Menurutnya, pengalaman Wan Azizah sebagai seorang isteri dan ibu selain berdepan pelbagai cabaran dalam dunia politik membuatkan dirinya begitu dihormati.
Hampir dua jam saya dan Bella “berguru” bab perkahwinan dengan Dato’ Seri Dr Wan Azizah.
Kalau nak cari orang paling layak beri nasihat tentang rumah tangga, pengorbanan dan kesetiaan, susah nak lawan beliau.
Beliau memahami selok-belok dunia politik. Beliau tahu besarnya pengorbanan seorang isteri dan seorang ibu. Diuji berkali-kali, dalam keadaan yang bukan mudah, tetapi tetap teguh dan setia bersama keluarga.
Selain itu, Syed Saddiq turut menganggap Wan Azizah sebagai ‘Malaysia’s Compassionate Iron Lady’ kerana keteguhan dan kesetiaannya dalam menghadapi pelbagai ujian bersama keluarga.
Dalam pada itu, Syed Saddiq meluahkan rasa syukur kepada Wan Azizah atas masa yang diluangkan untuk berkongsi nasihat buat dirinya yang bakal melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan.
Sebab itu bagi saya, beliau ialah “Malaysia’s Compassionate Iron Lady.”
Kali ini datang bukan untuk mesyuarat kabinet tapi saya dan Bella datang bawa kad kahwin.
Terima kasih Dato’ Seri atas hampir 2 jam nasihat, cerita dan pesanan untuk kami berdua. Insya-Allah, nasihat itu kami bawa masuk ke alam perkahwinan.
Sumber: Instagram @syedsaddiq








