
Pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim tampil berkongsi nasihat kepada aktres Sharifah Haneesya yang menyimpan hasrat untuk mengembangkan kerjaya lakonan hingga ke Hollywood.
Artikel Berkaitan: Sharifah Haneesya Persoal Nasib Dalam Industri – ‘Sudah Lama Saya Rasa Tidak Dipedulikan’
Artikel Berkaitan: Sarimah Ibrahim Kembali Ke Kelas Lakonan – ‘Tiada Istilah Dah Cukup Bagus, Sentiasa Berlatih & Belajar’
Cabaran industri lakonan Hollywood
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Haneesya atau nama lengkapnya Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, 26, bertanya tentang cara untuk mendapatkan peluang berlakon di Hollywood.
Korang suruh aku gi berlakon kat Hollywood, cuba bagitahu sekali macam mana aku nak gi berlakon kat sana. Takkan nak terpacat depan pintu production house cakap assalamualaikum saya dtg nk berlakon,.
Bagaimanapun, hantaran tersebut mendapat perhatian pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim yang turut berkongsi pandangan berdasarkan pengalamannya dalam industri lakonan antarabangsa.
Menurut Sarimah, antara nasihat dan tip yang perlu dilakukan adalah dengan mendapatkan khidmat jurulatih lakonan antarabangsa secara dalam talian serta mencari ejen yang sesuai.
Awak kena cari jurulatih lakonan antarabangsa dan buat kelas secara dalam talian setiap minggu. Mereka akan ajar kemahiran yang awak perlukan untuk berada dalam industri di sana,.
Awak kena dapatkan ejen dulu. Proses uji bakat bukan bergantung kepada platform dalam talian macam Backstage dan sebagainya. Saya dah lalui benda tu selama lima tahun. Bila saya dah dapat ejen, barulah saya mula dapat uji bakat melalui self-tape.
Cara yang paling baik adalah cuba tembusi produksi serantau terlebih dahulu supaya mereka mula nampak awak. Tapi itu baru untuk dapatkan perhatian mereka. Lepas tu, masih ada proses uji bakat yang perlu dilalui.
Dalam pada itu, Sarimah turut mengingatkan bahawa perjalanan untuk menembusi industri Hollywood berdepan dengan pelbagai cabaran, termasuk tuntutan tertentu bagi sesebuah watak.
Saya pernah dapat beberapa panggilan semula untuk uji bakat (callback), tapi saya nak beritahu, kalau awak tak bersedia untuk buat babak bogel, babak cium dan sebagainya, mereka akan gugurkan awak.
Tegas Sarimah lagi, industri lakonan di Hollywood bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditembusi, terutama bagi pelakon yang mahu mempertahankan prinsip dan pegangan agama masing-masing.
Industri ini memang mencabar dan sangat sedikit yang berjaya menembusinya kerana secara umumnya Hollywood bukanlah industri yang mesra dengan prinsip Islam.
Mereka memerlukan pelakon mengetepikan prinsip dan pegangan masing-masing.
Sumber: Threads








