Peguam, Aminahtul Marrdiah tampil menegur seorang individu yang didakwa cuba mengeruhkan keadaan dalam kemelut membabitkan pelakon Abby Abadi dan keluarganya.

Artikel Berkaitan: Aminahtul Tak Rasa Bazir Taja Staf Tunai Umrah – ‘Allah Ganti Dengan Pekerja Tak Berkira & Setia’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peguam Ulas Tindakan Nubhan Didakwa ‘Ceroboh’ & Pindah Barang Dr Afifah Tanpa Izin – ‘Dia Perlu Buat Permohonan’

Kata-kata

View on Threads

Menerusi komen di Threads, Aminahtul meminta orang luar agar tidak membuat andaian atau kesimpulan sendiri kerana hanya Abby yang tahu segala yang dilaluinya.

Menurutnya, reaksi yang ditunjukkan Abby ketika ini berpunca daripada trauma yang dialaminya beberapa tahun lalu.

Berhati-hatilah dengan kata-kata anda. Tak perlu keruhkan keadaan.

Hati ibu yang terluka adalah hati yang telah lama menyimpan sakitnya sendiri.

Dia sedang bertindak balas terhadap traumanya, akibat dikhianati oleh suaminya (sekarang bekas suami) bapa kepada anaknya.

Kata Aminahtul, walaupun trauma itu sudah lama dialami namun kesannya masih dirasai Abby sehingga ke hari ini.

Ya memang benda dah lama, ya mungkin ada ketika sang suami atau bapa ada.

Tapi yang tahu derita membesarkan, yang setiap malam menidurkan, yang setiap ketika keresahan dalam jiwa seorang ibu yang mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya, Kak Abby sahaja yang tahu.

Jadilah lebih baik.

Sebelum ini, seorang individu mencetuskan perhatian selepas memuat naik hantaran yang dipercayai ditujukan kepada Abby sehingga mengundang kecaman.

Sumber: Threads