Individu yang merupakan seorang peguam tampil mengulas tindakan penyanyi Nubhan yang didakwa memasuki rumah dan memindahkan barangan milik bekas isteri, Dr Afifah tanpa izin.

Artikel Berkaitan: ‘Dakwaan Barang Peribadi Dr Afifah Dicampak Fitnah, Nubhan Sedia Bayar Ganti Rugi Jika Ada Kecacatan – Peguam

Artikel Berkaitan: Dr Afifah Berang Dengan Nubhan, Dakwa Barang Peribadi Dicampak Di Hadapan Rumah Ibu – ‘Pernah Dah Dia Buat Saya Macam Ini’

Kesalahan jenayah

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, peguam dikenali sebagai Nur Aminahtul Mardiah memaklumkan bahawa perbuatan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah kes pencerobohan.

Selain itu, jelasnya, jika berlaku kehilangan barangan milik Dr Afifah turut boleh diklasifikasikan sebagai kes jenayah curi.

Saya percaya kita semua dah dengar cerita tentang Dr Fie dan Nubhan.

Nubhan sebagai pemilik rumah, kalau dia nak duduk di rumah itu, perlu melalui prosedur mahkamah.

Dia perlu buat permohonan dan selepas mahkamah luluskan baru dia boleh masuk dan dapatkan rumah itu semula.

Kalau awak tak buat permohonan, itu adalah satu tindakan pencerobohan.

Awak masuk secara salah.

Kalau barang Dr Fie ada yang hilang, maka laporan polis boleh dibuat atas kehilangan barang-barang yang merupakan milik kepada orang yang menetap di rumah tersebut.

Itu sudah dikira kesalahan jenayah curi dalam definisi kanun keseksaan.

Tambahan lagi dalam kes penceraian, kalau rumah itu adalah salah satu subjek kepada harta sepencarian, lagi lah awak tak boleh masuk selagi mahkamah tidak selesaikan isu tersebut.

Terdahulu, Dr Afifah meluahkan rasa kesal di Threads selepas mendakwa barangan peribadinya ‘dicampak’ dari rumah tanpa sebarang makluman awal ketika dia sedang berada di luar negara.

Untuk info, Nubhan, 39, sah bercerai dengan Afifah, 35, pada 2 Disember lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan hidup bersama selama 10 tahun. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille, 3.

Sumber: TikTok @aminahtulmardiah