
Penyanyi Shila Amzah, berkongsi kesukaran yang dihadapinya semasa berdepan dengan masalah berat badan berlebihan.
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Kosongkan Jadual 10 Hari Demi Konsert Ariana Grande – ‘Dah Lebih 10 Tahun Saya Tunggu…’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Bakal Tanda Tangan Kontrak Di Sana’ – Shila Amzah Bakal Berhijrah Ke China Tahun Depan
Pengalaman Shila

Menerusi hantaran di Threads, Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 36, mengakui keadaan tersebut telah memberi kesan terhadap kesihatan fizikalnya.
Menurut Shila, berat badannya mula bertambah terutama ketika wabak Covid-19 melanda iaitu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Saya sangat trauma ketika berat saya 84 kg dengan ketinggian 165 cm. Lutut, buku lali sering sakit.
Saya pernah memandang remeh soal kesihatan.
Ketika PKP, yang paling teruk. Saya alami diet yoyo, tetapi tidak pernah bersenam. Namun, stres memang punca, tidur tak cukup pun punca.
Sedar akan keadaan tersebut, pelantun lagu Masihku Cinta itu berkata, dia tidak mahu berdepan dengan masalah berat badan lagi.
Shila kini akan lebih peka dalam menjaga kesihatannya supaya memiliki berat badan yang ideal.
Disebabkan semua itu, saya belajar untuk lebih berhati-hati dengan tubuh badan saya.
Saya tidak mahu lagi kembali dalam keadaan seperti itu.
Doakan saya istiqamah ya.
Sumber: Threads








