![[VIDEO] ‘Memori Yang Sangat Seronok, Hari Merdeka Paling Manis Buat Kami’ – Sufian Suhaimi](https://asset.ohbulan.com/2026/09/sufian1.jpg)
Penyanyi Sufian Suhaimi, berkongsi momen semasa memanjat pokok bersama isteri ketika hadir menyaksikan perarakan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-69 baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Tindakan Isteri Panjat Pokok Demi Tengok Perarakan Curi Tumpuan, Sufian Suhaimi Tampil Perjelas – ‘Dia Yang Ikut’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Risau Status Syubhah, Sufian Suhaimi Asingkan Pendapatan Muzik – ‘Bagi Makan Anak Bini Tak Pakai Duit Menyanyi’
Memori paling bermakna

Ketika ditemui OhBulan!, Sufian atau nama lengkapnya Muhammad Sufian Mohd. Suhaimi, 34, teruja apabila pertama kali berpeluang menyaksikan perarakan tersebut secara langsung di Dataran Putrajaya.
Bagaimanapun, pandangan Sufian terhalang menyebabkannya bertindak memanjat pokok untuk menyaksikan perarakan tersebut.
Saya tak pernah pergi tengok perarakan kemerdekaan, jadi Hari Merdeka baru-baru ini saya tergerak hati untuk pergi dan isteri pun turut teruja.
Apabila tiba di sana, kami dapat tempat yang agak baik untuk melihat perarakan tapi pandangan terhalang.
Kebetulan di sebelah saya ada pokok, saya rasa macam boleh panjat. Saya pun berkata kepada isteri, ‘awak okay tak dekat bawah? Saya nak panjat pokok.’
Bercerita lanjut, Sufian berkata, dia sama sekali tidak menyangka bahawa isteri, Rania Al Sadat akan turut memanjat pokok tersebut kerana suri hatinya itu bukanlah seorang wanita yang lasak.
Bila saya sudah berada di atas pokok, tiba-tiba dia panggil dan nak panjat juga.
Mula-mula saya terfikir, biar betul..sebab isteri saya ini bukan jenis wanita yang begitu.
Saya pun turun angkat dia untuk panjat. Lama juga kami dekat atas pokok, sampai habis perbarisan.
Sufian berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Karok Dapur yang berlangsung di Banglo 289, Kuala Lumpur pada Isnin.
Tambah pelantun lagu Terakhir itu, dia menyifatkan momen tersebut sebagai antara kenangan manis bersama isteri.
Permandangan itu sangat baik, memori yang sangat seronok dan saya rasa Hari Merdeka tahun ini, adalah hari yang paling manis untuk kami sekeluarga.
Orang sekeliling tak perasan itu saya sebab saya pakai pelitup muka, cermin mata hitam dan topi.
Terdahulu, tindakan Sufian dan isteri itu telah menyorot perhatian warganet, selain mereka turut memuji semangat patriotik pasangan tersebut.
Dalam masa yang sama, warganet juga menyifatkan Sufian dan Rania sebagai pasangan serasi kerana gelagat masing-masing yang mencuit hati.








