Pelakon dan penyanyi Chubb E akui terbuka berdepan penerimaan orang ramai terhadap penghasilan filem yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Artikel Berkaitan: Chubb-E Minta Maaf Isu Babak Wanita Separuh Bogel – ‘Saya Sedar Tak Sesuai Ditonton ..’

Artikel Berkaitan: Idea Wanita Separuh Bogel Dari Ibu, Chubb-E Harap Ada Babak Panas Dalam MV ‘Rambang’ – ‘Ikutkan Saya Tak Ada Masalah Pun’

Penerimaan orang ramai terhadap AI

Ketika ditemui OhBulan!, Chubb E atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Ashlyn Awang Ashrul Affandy, 27, berkata, setiap perkara yang dilakukan pasti mempunyai kelompok yang menyokong dan sebaliknya.

Tambah pelakon berusia 27 tahun itu, dia memilih untuk melihat projek berkenaan sebagai satu usaha meneroka teknologi baharu.

Pada saya, orang terima atau tak, hadap saja.

Manusia memang macam itu. Apa saja kita buat, ada yang suka dan ada yang tak suka.

Yang penting bagi saya, ini merupakan teknologi baru.

Macam mana sekali pun, kena ada seseorang yang mula dan cuba teknologi ini.

Chubb E berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Ekslusif Filem Siluman: Dendam Harimau Jadian yang berlangsung di TGV, KLCC pada Khamis.

Mengulas lanjut penglibatannya dalam filem berkenaan, Chubb E menegaskan bahawa projek ini tidak semata mengetengahkan penggunaan AI sebaliknya turut membawa mesej mengenai kepentingan hak dan peranan pelakon dalam penghasilan karya.

Tambahnya, pihak produksi mahu membuktikan teknologi ini boleh dimanfaatkan untuk membantu barisan pelakon dan bukannya mengambil alih peranan mereka sepenuhnya.

Saya sertai projek ini sebab pihak produksi nak mengetengahkan hak pelakon, bukan digunakan semata-mata.

Mereka nak tunjuk yang teknologi ini boleh membantu para barisan pelakon.

Sebab itu projek ini sebenarnya hybrid. Kita memang buat babak itu sendiri dan ada gabungan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Filem ini menampilkan barisan pelakon seperti Cat Farish, Chubb E dan Dboy Hamdan yang menggalas watak utama.

Sekadar info, filem Siluman: Dendam Harimau Jadian merupakan sebuah produksi filem cereka berasaskan AI, arahan Fazli Yasin yang mengetengahkan kisah seekor harimau jadian.