berita

Idea Wanita Separuh Bogel Dari Ibu, Chubb-E Harap Ada Babak Panas Dalam MV ‘Rambang’ – ‘Ikutkan Saya Tak Ada Masalah Pun’

April 9th, 2022 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, kecoh di media sosial selepas tersebar beberapa keping foto berunsur lucah daripada sedutan video muzik (MV) lagu Rambang yang dinyanyikan oleh Chubb-E.

Keluarga tahu apa saya buat

Tampil memberi penjelasan kepada OhBulan!, penyanyi meningkat naik, Chubb-E, 22, ini mendedahkan idea asal untuk menampilkan wanita Ukraine dalam MV itu adalah dari ibunya sendiri.

Kata Chubb-E atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Ashlyn AG Ashrul Affandy, keluarganya sentiasa mengetahui setiap aktiviti yang dia lakukan dalam karier seni.

Saya memang berharap babak itu ada dalam MV sebab ia merupakan idea asal. Ibu saya yang memberi idea untuk babak tersebut. Malah ibu juga yang dapatkan model wanita dari Ukraine itu.

Apa yang saya tunjukkan, yang netizen tak suka ke apa… memang keluarga saya tahu dan saya pun tak akan buat sesuatu yang keluarga tak suka.

Chubb-E ditemui ketika majlis berbuka puasa bersama artis dibawah pengurusan Ace Talent dan majlis pelancaran lagu OoTD Raya di Grand Barakah Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.

MV OoTD Raya akan dilancarkan pada 11 April ini jam 8 malam di Youtube Ace Talents.

Selain Chubb-E, majlis terbabit turut dimeriahkan dengan kehadiran Ruffedge, Da Unknown, Moleque dan Azuein Alonto selaku Pengarah Urusan Ace Talents.

Pelik dengan netizen

Dalam pada itu, juara Ceria Megastar musim pertama akui sedih kerana terpaksa membuang adegan wanita tersebut memandangkan telah menjadi satu isu yang sensitif dalam kalangan netizen.

Namun, dia keliru dengan pendirian rakyat Malaysia yang segelintirnya tidak berpuas hati gara-gara tidak boleh menonton babak panas itu.

Memang agak sedih bila babak tersebut terpaksa disunting dan dibuang. Ikutkan memang dah rancang untuk jadikan ia salah satu gimik selepas dilancarkan lagu itu.

Kami rakam MV itu awal bulan Februari lalu sebelum timbulnya isu Zul Ariffin. Bila dah jadi isu, terpaksa la buang. Ikutkan bagi saya, tak ada masalah pun babak itu.

Sebab saya pun ambil idea dan rujukan daripada MV lama-lama seperti MV lagu Joe Flizzow dan Caprice. Mereka pun ada MV yang memaparkan wanita berpakaian bikini saja.

Tapi sekarang netizen sensitif… kadang-kadang sensitif tak bertempat. Tapi saya pelik, bila babak itu tak ada dalam MV, netizen geram pula. Bila ada, kang kena kecam.

Orang Malaysia sentiasa akan bercakap. Tak payah la tiru gaya barat semua.. Tapi sebenarnya suka tengok.

Sebelum ini, tular foto seorang model perempuan yang duduk di sebelah Chubb-E dengan hanya memakai jaket menutupi lengan serta bahagian belakang badannya dan membiarkan bahagian payu dara terdedah.

Sumber: Instagram @donutfingerlicking

SKIP THIS AD ×