![[VIDEO] Erynne Erynna Buat Laporan Polis, Dakwa Terima Ugutan – ‘Ada Orang Yang Saya Kenal Upah Hacker..’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/cWehANZE-erynne.jpg)
Pelakon Erynne Erynna tampil membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan daripada seorang penggodam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Erynne Erynna Nikmati Fasa Sebagai Ibu Tunggal, Mahu Jadi Contoh Terbaik Buat Anak – ‘Tak Mudah Tapi Alhamdulillah’
Artikel Berkaitan: ‘Suami Orang Tolong Jangan DM Saya, Hormat Pasangan Kalian’ – Erynne Erynna
Buat laporan polis
Menerusi perkongsian terbaharu di TikTok, pemilik nama Syazlynne Erynna Abdullah, 29, mendakwa penggodam itu telah diupah oleh seseorang yang dikenalinya, namun dia tidak mendedahkan identiti individu tersebut.
Ada orang yang saya kenali upah penggodam untuk menggodam akaun (media sosial) saya, sekaligus mahu melanggar privasi.
Penggodam itu ugut saya disebabkan saya tak beri apa yang dia minta. Dia ugut suruh saya berhati-hati.
Sebab itu saya buat laporan polis untuk keselamatan saya, anak dan keluarga.
Menurut Erynne, video tersebut dimuat naik adalah bertujuan untuk berkongsi mengenai perkara tersebut kepada pengikutnya di media sosial.
Erynne juga menasihati pengikutkan agar tidak terpedaya sekiranya mereka menerima mesej daripada penggodam tersebut.
Kalau penggodam itu berjaya dan awak semua ada terima direct message yang pelik daripada akaun saya, berkemungkinan ia telah berjaya digodam..sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi.
Jangan layan, mana tahu kalau-kalau dia minta duit atau benda yang pelik.
Di akhir video tersebut, ibu kepada seorang anak itu menghargai setiap keprihatinan dan sokongan daripada warganet.
Saya sayang awak semua kerana banyak berkata yang baik-baik untuk saya dan keluarga sebelum ini.
Terima kasih atas jasa baik dan doa kalian. Saya doakan kita sentiasa dilindungi Allah SWT dunia akhirat.
Sumber: TikTok








