
Kumpulan wanita, DOLLA kembali menggegarkan industri muzik tempatan menerusi pelancaran single terbaharu mereka berjudul ‘UGLY’, sebuah karya bertenaga yang sarat dengan mesej penentangan dan ketegasan mempertahankan harga diri.
Artikel Berkaitan: Dolla Kembali Dengan Single Baharu, Pilih Kolaborasi Bersama Penyanyi Rap Thailand F.Hero
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syasya Rizal Perjelas Tarikh Lancar Lagu Berdekatan ‘Comeback’ Dolla – ‘Saya Tak Minta’
Single baru
Menurut Dolla, lagu ini sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang pernah berasa sedih atau tertekan akibat sering dihakimi oleh orang sekeliling.
Jika kami perlu menggambarkan UGLY dalam satu perkataan, perkataan itu ialah tanpa kompromi.
Lagu ini adalah tentang menerima dan berdiri teguh dengan siapa diri kita, tanpa membenarkan orang lain menentukan identiti kita.
Selain rentaknya yang rancak dan lirik yang mudah lekat di kepala seperti “You better go run, you better go hide”, muzik video (MV) lagu ini juga tampil dengan konsep yang unik.
Dolla memilih konsep Wayang Kulit untuk menunjukkan bagaimana manusia sering menilai orang lain hanya dari luaran atau khabar angin semata-mata sama seperti melihat bayang-bayang tanpa tahu cerita sebenar di sebaliknya.
Bercerita tentang penggambaran MV, Dolla berkongsi bahawa beberapa babak dirakam di dalam sebuah rumah tradisional Melayu dalam keadaan hampir gelap bagi memberikan rasa misteri, sebelum ditambah pelbagai kesan visual khas.
Selepas tampil dengan lagu hit sebelum ini, ‘G.O.A.T’, Dolla kini bersedia untuk melangkah lebih jauh.
Mereka juga merancang untuk membuat persembahan di luar negara bagi mengembangkan nama mereka di peringkat antarabangsa.
Lagu UGLY kini sudah boleh didengar di semua platform penstriman muzik utama.








